Pentadbir Sekolah dan Ciri Kepimpinan

Pentadbir yang efektif hendaklah sentiasa memikirkan kemajuan  organisasi. Progresif menentukan pencapaian. Setiap pencapaian perlu diukur dengan menggunakan KPI yang telah dianjurkan. Kajian-kajian separuh penggal adalah perlu untuk melihat sejauh manakah organisasi mereka mencapai sasaran. Dalam memastikan organisasi tersebut berjaya atau tidak, strategi yang berkesan hendaklah difikirkan. Tanpa strategi yang berkesan apa jua rancangan yang diatur tidak akan terlaksana. Setiap strategi perlu dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa.  Kata itu kota dan setiap janji yang dibuat kepada stakeholder hendaklah ditunaikan. Jadi nilai integriti dan amanah perlu dipupuk dalam diri pemimpin. Pemimpin perlu memikul sikap pertanggungjawaban dan responbiliti terhadap setiap keputusan  dibuat. Menuding  jari atau menyalahkan pihak lain dan sistem memperlihatkan betapa dangkalya jati diri seseorang pemimpin.  Setiap modus operandi hendaklah dilakukan secara telus. Dalam bukunya  “In The Magic Of Thinking Big”, karya David Joseph Schwartz (PhD), 2006, penulis berhujah bahawa strategi yang dilaksanakan perlu ada pengukuhan dan penilaian semula dari semasa ke semasa. Kata beliau, menurunkan kuasa kepada orang bawahan tidak menjamin apa-apa kejayaan kepada organisasi. Pemimpin hendaklah komited terhadap setiap keputusan dan pelaksanaan yang dilakukan. Pemimpin yang  efektif hendaklah melihat sesuatu masalah dari kaca mata pekerjanya. Pemimpin yang gagal melihat masalah dari kaca mata pelaksana, sudah pasti jahil terhadap apa yang berlaku dalam organisasinya.

Natijahnya,  David Joseph Schwartz (PhD) merumuskan empat elemen dalam pentadbiran, iaitu pemimpin hendaklah bijak membujuk/menghimbau  (bukan memujuk) pekerja, jadilah manusia yang bertimbang rasa (be human), sentiasa memikirkan progres dan akhirnya melihat/menampak sesuatu masalah dengan kaca mata orang lain. Jika keempat-empat elemen yang dianjurkan ini dijadikan pegangan, maka mustahil pembentukan sebuah masyarakat maju menjelang tahun 2020 tidak dapat direalisasikan oleh pemimpin sekolah.

Pentadbir Sekolah dan Ciri Kepimpinan

 

Kerajaan telah memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah kita di seluruh Malaysia. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi , Sekolah Kluster dan sebagainya jelas menunjukkan betapa tinggi komitmen kerajaan amnya dan KPM khususnya terhadap peningkatan kualiti sistem  pendidikan di negara ini. Di samping meningkatkan kadar celik LINUS dan  menambahbaikkan logistik sekolah, pihak berkuasa juga meningkatkan taraf hidup guru-guru dengan meningkatkan gaji dan menyediakan pelbagai insentif lain supaya guru-guru kita terus meminati profesion perguruan dan mengajar anak bangsa dengan penuh dedikasi.

Harapan kerajaan yang ingin melihat bangsa Malaysia sebagai suatu bangsa yang maju menjelang tahun 2020 mungkin hanya tinggal utopia sahaja. Hal ini kerana terdapat  satu trend masa kini iaitu stakeholder dan mungkin guru-guru  mendapati sesetengah pihak pentadbiran sekolah tidak selari dengan aspirasi kerajaan kita. Di kebanyakan sekolah, iklim kepimpinan sekolah tidaklah sebegitu positif seperti yang dijangka dan diharapkan oleh pihak stakeholder, KPM, JPN, PPD dan komuniti. Perkara ini berlaku kerana kepimpinan yang  diperlihatkan oleh pentadbir sekolah, tidak membantu meningkatkan penghasilan dan performance guru mahupun pelajar.

Oleh itu pentadbir atau pemimpin sekolah perlu memperlihatkan beberapa traits yang dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi pendidikan dan kepimpinan pendidikan. Antaranya  komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan perlu wujud antara pentadbir dengan guru. Melalui komunikasi ini, mereka berdua boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan idea-idea baharu.  Di Jepun ketua sering mendengar pandangan dan teguran pekerja bawahan mereka. Hal ini berlaku setiap kali mereka duduk makan bersama sewaktu makan tengah hari. Dengan adanya komunikasi ini maka mesej yang ingin disampaikan oleh majikan kepada pekerja ataupun sebaliknya mudah berlaku.

Keduanya, nilai kemanusiaan perlu diterapkan dalam kalangan pentadbir kita. Mereka hendaklah bersikap simpati, ehsan dan gunakan kata-kata lembut atau manis untuk menggalakkan pekerjanya melakukan sesuatu arahan. Arahan jangan sesekali mesti datang dari atas ke bawah semata-mata. Walaupun kita mempunyai prosedur tertentu apa salahnya sesekali menunjukkan perasaan belas ehsan kepada pekerja yang ditimpa masalah peribadi atau masalah keluarga. Memberikan sedikit kelonggaran pada sesuatu ketika tidak akan menjejaskan kualiti ataupun produktiviti sekolah.

Tuntasnya komunikasi berkesan dan nilai kemanusiaan adalah dua ciri yang penting daripada beberapa ciri yang lain dalam kepimpinan sekolah.  (akan bersambung)

 

KAJIAN TINDAKAN- PENGAJIAN AM

 

ABSTRAK
Saya selaku guru mata pelajaran Pengajian Am bagi kelas-kelas tingkatan enam menghadapi banyak masalah dengan pelajar berkaitan dengan konsep dan bidang kuasa yang terdapat dalam Bahagian Kenegaraan . Untuk menangani masalah ini, saya telah menjalankan satu Kajian Tindakan bagi tajuk Kerajaan Persekutuan : Bidang Tugas Yang DiPertuan Agong (YDPA) sebagai kuasa eksekutif dalam kerajaan. Niat untuk menjalankan kajian tindakan ini timbul apabila keputusan Ujian Pra yang saya jalankan dalam kelas PAF tidak begitu memuaskan saya. Malah mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang penuh dengan pelbagai istilah dan fakta tetapi amat relevan dengan kehidupan seharian pelajar sebagai seorang warganegara Malaysia. Kajian Tindakan ini membantu saya dan pelajar untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Setelah kajian ini dijalankan, saya berjaya menyelesaikan masalah profesional saya tanpa merujuk arahan luar dan saya dapat membuat keputusan dalam bilik darjah dengan sendiri. Pendekatan Kuiz Kenegaraan yang saya ambil dalam kajian tindakan ini sememangnya satu pendekatan lama, tetapi guru-guru sekarang gagal melaksanakannya di peringkat tingkatan enam atas. Persepsi rata-rata guru tingkatan enam ialah pelajar tingkatan enam ini pandai dan mereka boleh memahami apa jua yang diajar dalam sekelip mata. Kita harus ingat bahawa walaupun mereka agak matang berbanding pelajar-pelajar lain tetapi mereka juga meminati kaedah-kaedah yang pernah dilalui oleh mereka ketika mereka di bangku sekolah rendah terutama kaedah kuiz kumpulan. Bagi saya pendekatan ini meningkatkan kefahaman saya bahawa amalan saya dalam bilik darjah selama ini perlu diubah. Saya harus keluar daripada kongkongan amalan rutin iaitu kaedah ‘chalk and talk’ dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan dalam Kajian Tindakan ini bagaimanapun telah berjaya meningkatkan skor pelajar dalam Ujian Pos yang telah diadakan. Program yang dinamakan “CUNGKIL BIJAK” ini menggunakan Pendekatan Kuiz Kenegaraan. Kajian Tindakan saya ini diharapkan dapat membantu para guru yang lain untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap topik-topik yang dipelajari di sekolah tanpa rasa jemu dan bosan.
1.0 PENGENALAN
Kajian Tindakan dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan.
Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjah juga boleh dijadikan asas untuk memulakan kajian. Selepas itu penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang masalah itu. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Murid akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Seseorang guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid dengan terperinci sebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).
Tujuan diadakan Kajian Tindakan ini adalah untuk menangani pelbagai masalah pembelajaran adalah lebih tepat. Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah berasaskan data. Kajian Tindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah atau isu yang ditangani. Setelah dikutip, data tersebut hendaklah dianalisis dengan memberikan gambaran yang jelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas kepada guru untuk merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai aktiviti yang telah dijalankan. Apabila merancang aktiviti eloklah dilakukan sumbang saran terhadap langkah-langkah yang akan dilaksanakan melalui pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana (Armstrong dll., 2004) .
Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses ‘cuba-cuba’ (trial and error). Setelah itu langkah pemerhatian dijalankan. Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung, penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan (Arhar dll., 2000).

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran wajib lulus dalam STPM. Tanpa kelulusannya pelajar sukar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di sekolah saya mata pelajaran ini adalah di bawah kumpulan Kemanusiaan. Semua pelajar adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Jadi semua peringkat kebolehan pelajar didapati dalam semua kelas. Lagipun tiada streaming untuk pelajar tingkatan enam. Hal ini menyebabkan guru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan lemah. Dalam P&P saya kerapkali menghadapi masalah pemahaman konsep dan bidang tugas sesuatu pihak atau agensi. Pelajar sering keliru dengan bidang-bidang tugas pelbagai hierarki dalam Kerajaan Persekutuan. Pelajar saya sering keliru dan tidak dapat menghuraikan istilah dan bidang tugas yang dikehendaki, walaupun jawapan yang diperlukan adalah jawapan yang pendek dan padat. Pelajar kebiasaannya akan menjawab mengikut logik mereka sendiri dan tidak dapat mengaitkan konsep dan fakta yang telah dipelajari. Saya telah mengenal pasti beberapa sebab mengapa keadaan ini berlaku. Antaranya ialah pelajar saya tidak faham dengan jelas topik yang dipelajari. Malah mereka kurang atau tidak mengulangkaji langsung topik yang telah dipelajari di rumah. Mereka juga tidak mahu bertanya topik yang tidak difahami kepada saya atau rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri.
Kebanyakanya hanya membuat latihan yang saya beri sebagai kerja rumah sahaja. Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Ada antaranya mengabaikan kerja rumah yang diberi. Perasaan kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap dijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan STPM kelak akan bertambah baik.
Bagaimanapun pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak yang baik kecuali hanya beberapa orang sahaja yang bermasalah. Hal ini dapat membantu saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Majoriti mereka membawa modul yang telah saya sediakan dan memberikan kerjasama ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Saya telah melaksanakan beberapa kaedah pedagogi seperti teka silang kata, kuiz, menjawab soalan secara tarik dan lepas (drag & drop),kotak ajaib,jumble trouble dan sebagainya. Hasil daripada pemerhatian didapati bahawa pelajar yang berpencapaian sederhana dan lemah ini lebih suka mengikuti pelajaran dalam suasana ceria dan seronok.jika saya menggunakan kaedah kuiz. Hal ini kerana mereka masing-masing inginkan kumpulan mereka berjaya mengumpul skor yang tinggi dalam bilik darjah mereka.

3.0 ISU KEPRIHATINAN
Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada kuiz yang dijangka dapat memotivasikan pelajar. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini sering menganggapnya sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Mereka didapati belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pengajian Am adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea untuk memasukkan kuiz dalam pengajaran Pengajian Am STPM. Kebiasaannya soalan-soalan kenegaraan adalah sebanyak 50. Tetapi soalan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan adalah antara 10 hingga 12 soalan. Jika pelajar tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu tajuk dalam subjek ini mereka akan kehilangan markah secara keseluruhannya dengan banyak. Tujuan kuiz ini dilaksanakan dalam kajian ini juga adalah sebagai salah satu galakan agar pelajar-pelajar berminat dan menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti mana disangkakan oleh mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut.:
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Bidang kuasa YDPA dan jenis bidang kuasanya. Mereka diharapkan dapat menjawab soalan aneka pilhan berkaitan tajuk ini.
4.2 Objektif Khusus
• Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar yang lebih berkesan
• Membantu pelajar supaya dapat memahami konsep, fakta dan istilah Kenegaraan yang berkaitan dengan Bidang kusa YDPA.
• Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini
• Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Terdapat sejumlah 30 orang pelajar dalam kelas PAF. Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah pelajar yang berprestasi sederhana dan rendah berjumlah 15 orang. Pada kebiasaannya dalam setiap ujian atau peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang mereka gagal. Dalam kalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pengajian Am adalah sederhana kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan mereka boleh memahaminya pada peringkat awal iaitu ketika mereka di tingkatan enam bawah tetapi apabila hendak menjawab soalan kenegaraan secara aneka pilihan, mereka berasa agak susah dan mudah keliru dengan cadangan jawapan yang diberikan untuk menjawab dengan tepat.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI
6.1 Tinjauan Awal
Saya mendapati markah ujian bulan Februari yang diperoleh oleh pelajar-pelajar kelas PAF (Prauniversiti Fikrah) ini rata-rata pencapaian mereka amat sederhana dan ada yang gagal. Sedangkan tajuk ini tidak terlalu banyak menggunakan konsep atau istileh kenegaraan yang harus diketengahkan oleh pelajar dalam jawapan mereka. Oleh itu saya terdorong untuk membuat satu kajian berkenaan pencapaian mereka.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar secara rawak bermula selepas markah ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya mendapati soalan-soalan yang dikemukakan tersebut amat sukar bagi mereka. Ada antara mereka tidak memahami kehendak soalan. Yang aneh ialah pelajar tidak memahami istilah kuasa budi bicara dan kuasa mendengar nasihat PM Pelajar juga tidak dapat membezakan antara YDPA dengan Majlis Raja-Raja dan tidak dapat membezakan antara Bidangkuasa Sultan dengan Bidang kuasa YDPA. Pelajar-pelajar sering keliru dengan beberapa konsep dan istilah kuasa eksekutif, penurunan kuasa, ketua agam Islam bagi Wilayah Persekutuan dan Ketua Agama bagi negeri baginda sendiri. Soalan Ujian Pra yang telah diadakan ialah pelajar dikehendaki menjawab sebanyak 25 soalan aneka pilihan yang merangkumi tajuk “Bidangkuasa YDPA Sebagai Ketua Kerjaaan Persekutuan”. Satu soalan yang betul akan diberi sebanyak 4 markah. Jadu jumlahnya 100 markah

6.3 Tindakan Yang Dijalankan
Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar memahami tajuk “Bidangkuasa YDPA”. Hal ini akan dapat membantu mereka menjawab soalan aneka pilihan dengan tepat dan efisien.
Fokus Kaedah Kuiz ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak markah yang boleh untuk kumpulan mereka. Kemenangan bergantung kepada kebijaksanaan dan daya ingatan pelajar yang diuji dalam kuiz ini. Setiap soalan kuiz yang dijawab ditetapkan markahnya satu. Jika mana-mana kumpulan dapat menjawab semua soalan dengan betul maka mereka akan mendapat 45 markah. Saya mengingatkan pelajar-pelajar agar berhati-hati semasa menjawab soalan kuiz tersebut. Di peringkat awal pengajaran saya pernah menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi. Saya juga pernah menggunakan persembahan power point dan juga internet sebagai bahan sokongan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan ingatan pelajar. Permainan ini dijalankan mengikut giliran. Saya menyediakan soalan-soalan mengikut kemampuan dan keupayaan pelajar. Jika pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka denagn betul maka mereka akan memperoleh skor mengikut bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Setiap pelajar akan menjawab soalan kuiz sebanyak tiga pusingan. Teknik ‘bayangan minda’ juga di laksanakan dalam kuiz ini. Pelajar-pelajar diberi‘clue’ untuk menjawab soalan. Oleh sebab tajuk ini berkaitan dengan “Bidangkuasa YDPA”, maka sepanjang proses pengajaran ini berlangsung mereka diingatkan bahawa kepentingan pelajar mengetahui bidangkuasa YDPA dan istilah-istilah kenegaraan dengan betul supaya mereka dapat menggunakan pengetahuan ini apabila mereka menjadi dewasa dan menjadi seorang rakyat yang berkesedaran sivik. Pelajar harus tahu membezakan bidangkuasa sultan dan Yang Dipertua Negeri sebagai ketua-ketua negeri dan bidangkuasa mereka amat berbeza dengan YDPA sebab baginda adalah ketua negara. Pelajar juga harus mengetahui sistem YDPA sebagai ketua negara amat berbeza dengan Presiden sebagai ketua negara republik. Soalan yang dikemukakan kadang-kadang berulang-ulang kerana saya percaya bahawa perulangan ini akan membina dan meningkatkan daya ingatan pelajar berkenaan tajuk ini secara tidak langsung.

6.4 Pemerhatian
Ujian pra yang diambil untuk kajian ini adalah daripada ujian bulan Februari. Sebelum ujian pra dijalankan tajuk Bidangkuasa YDPA telah dipelajari sepenuhnya oleh pelajar. Ujian ini mengandungi satu set ujian aneka pilihan. Saya menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah kuiz selama dua minggu. Aktiviti dijalankan sebanyak dua kali seminggu dan masa yang diambil untuk setiap sesi adalah 35 minit. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Mereka berasa seronok dan aktif semasa sesi ini berjalan.
Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidak aktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Walaupun ada kumpulan yang tidak memperolehi skor yang banyak tetapi mereka tetap berasa gembira kerana tiada pelajar yang tidak memperoleh kosong markah. Semuanya berlumba-lumba untuk mengangkat tangan untuk menjawab kerana ternyata jelas semangat pasukan pada wajah mereka. Soalan serta jawapan yang berulang-ulang telah membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengingat fakta mengenai kuasa-kuasa YDPA. Kesilapan jawapan rakan mereka telah menyebabkan mereka lebih berhati-hati untuk menjawab soalan dan mereka mencuba sedaya upaya untuk menjawab soalan dengan betul. Cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh belajar Pengajian Am melalui multikaedah bukan satu kaedah sahaja.
6.5 Analisis Ujian
Jadual 1 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Markah ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam menjawab soalan. Semua skor yang diperoleh ditukarkan kepada Gred untuk tujuan kajian.

Jadual 1. Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Indeks Pelajar Gred Ujian Pra Gred Ujian Pos
1 C- C
2 C- C
3 C C+
4 C C+
5 C C+
6 C+ C
7 B- B
8 C+ B
9 C- C
10 C+ C
11 B B
12 C- C
13 C- C
14 C C+
15 C C+
Ujian Pra menunjukkan 5 orang pelajar memperolehi gred C-(33.3%), 5 orang pelajar juga memperolehi gred C (33.3%), 3 orang pelajar memperolehi gred C+ (20%) dan hanya 2 orang sahaja memperolehi gred kepujian B- dan B (13.3%). Ujian Pos pula menunjukkan peningkatan yang menggalakkan iaitu kesemua 15 (100%) orang pelajar tersebut telah lulus. 3 orang pelajar telah memperolehi B (20%), 5 orang mendapat C+(20%), 7 orang memperolehi C (33%). Jadual jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam markah ujian pos, setelah pelajar-pelajar tersebut didedahkan dengan kaedah kuiz ekonomi.

6.6 Analisis Pemerhatian
Penggunaan kuiz Pengajian Am telah dapat menarik minat pelajar dalam tajuk ini. Mereka tidak berasa bosan dan sentiasa menunggu giliran mereka untuk mengangkat tangan secara spontan untuk menjawab soalan kuiz. Mereka berlumba-lumba untuk memperolehi seberapa banyak skor yang boleh untuk memenangkan kumpulan mereka. Hal ini bermakna pelajar-pelajar berusaha untuk mengingat dan memberikan jawapan yang tepat. Setelah soalan kuiz ditanya, saya akan berhenti sekejap untuk pelajar mencari jawapan. Jika jawapan yang diterima itu betul, saya akan menandakan skor bagi kumpulan tersebut pada papan hitam. Begitulah suasananya sehingga kesemua 45 soalan kuiz ditanya. Keadaan kelas agak bising tetapi terkawal dan tergambar kegembiraan mereka sewaktu sesi ini berjalan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat dilihat dan perasaaan malu untuk berdiri di hadapan kelas dapat diatasi sedikit demi sedikit. Perasaan rendah diri dan malu pelajar-pelajar ini memang ketara apabila diminta berdiri untuk menjawab soalan. Tetapi apabila pertandingan kuiz dimulakan, pelajar-pelajar yang berkeupayaan sederhana dan lemah ini bertambah yakin.

Jadual 2: Jumlah pungutan skor pelajar mengikut kumpulan
Kumpulan A 25 markah
Kumpulan B 20 markah

6.7 Refleksi Kajian
Penggunaan kuiz merupakan salah satu bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kuiz merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menarik. Daripada pemerhatian saya, pelajar yang terdiri daripada kategori lemah dan sederhana tidak boleh menerima pembelajaran saya yang terlalu serius dan penuh dengan fakta. Saya mendapati mereka akan berasa cepat bosan dan akan mengalihkan fokus mereka kepada perkara lain yang lebih menarik minat. Apabila pertandingan kuiz ini dijadikan salah satu daripada bahan sokongan pengajaran, maka minat pelajar terhadap topik ini berubah. Pelajar berasa mereka terlibat secara langsung dan komunikasi tidak berlaku sehala sahaja.
Daripada tinjauan secara lisan pelajar-pelajar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah mengulangkaji pelajaran di rumah. Semua mata pelajaran yang diajar oleh guru akan tamat hanya di dalam kelas sahaja. Mereka akan membuka buku jika ada kerja sekolah yang dibekalkan untuk mereka. Tetapi bukan semua pelajar ini akan membuat kerja rumah tersebut. Pelajar-pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana ini hanya mengharapkan sepenuhnya daripada saya dan kurang berusaha untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian. Markah ujian yang diperoleh jarang dijadikan sebagai panduan atau kayu ukur untuk mendapat markah yang lebih baik untuk ujian yang seterusnya.
Penggunaan kaedah kuiz ini sedikit sebanyak telah membuka minda mereka bahawa untuk belajar bukan hanya mendengar dan menulis sahaja tetapi mereka mesti melibatkan semua pancaindera mereka. Pergerakan tubuh badan dan pancaindera akan membantu mereka untuk menghayati dan meningkatkan kemampuan mereka yang selama ini dipendam dan seakan-akan beku dan tepu dalam hati, jiwa dan pemikiran mereka. Walau bagaimanapun dalam kajian ini terdapat dua orang pelajar yang hanya menunjukkan prestasi yang tidak jauh berbeza semasa ujian pra dan ujian pos kerana mereka sering ponteng sekolah dan tidak dapat menyertai kajian ini sepenuhnya. Oleh sebab kerap tidak hadir ke sekolah agak sukar bagi saya untuk membantu mereka menguasai dan memantapkan pemahaman mereka terhadap tajuk ini.
Saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting. Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang menarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata ‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupun kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka. Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi.

7.0 KESIMPULAN
Penggunaan Kaedah Kuiz merupakan satu kaedah yang sering digunakan untuk murid-murid peringkat tadika atau sekolah rendah. Walau bagaimanapun atas kesedaran bahawa terdapat pelajar yang masih lemah dalam pelajaran walaupun mereka sudah memasuki sekolah menengah atas maka pertandingan kuiz seumpama ini telah saya cuba dalam usaha menarik minat mereka dalam pelajaran. Pelajar yang berprestasi rendah dan sederhana perlu diberi perhatian yang lebih kerana mereka juga berpotensi untuk mendapat kejayaan yang lebih baik. Kemungkinan mereka tidak diberi peluang dan bakat serta potensi mereka tidak dapat digilap sepanjang tempoh pembelajaran mereka dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah atas. Kekangan dan batasan masa seseorang guru semasa mendidik anak-anak didik ini juga merapakan salah satu faktor yang menyebabkan potensi kesemua pelajar tidak dapat dikesan dan digilap.
Saya tidak berhenti setakat kaedah kuiz ini sahaja. Pada masa akan datang permainan komputer secara interaktif juga akan diperkenalkan dalam pembelajaran Pengajian Am tingkatan enam. Saya berpendapat ini bersesuaian dengan perkembangan ICT yang terkini dan penggunaannya yang begitu meluas. Belajar melalui interaktif komputer akan memberi kebebasan, ruang dan peluang kepada semua pelajar untuk belajar secara akses kendiri tanpa bantuan guru di sekolah dan mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada.

SENARAI RUJUKAN

Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research for teachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall.

Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusive education: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer.

Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya

PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN

PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN

 

ABSTRAK

Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkompeten, berkreatif dan inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Untuk merealisasikan matlamat ini, sistem pendidikan kita hendaklah menerapkan kemahiran kompeten, kreatif dan inovasi dalam kurikulum sekolah. Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, saya sebagai guru telah mencuba sedaya upaya saya untuk merealisasikannya sedikit sebanyak dalam pengajaran saya. Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir. Kemahiran dapat dikuasai melalui pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dan diikuti dengan latihan. Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati ramai guru yang tidak menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi dalam pengajaran walaupun telah lama diperkenalkan di sekolah secara tidak formal. Pelajar berminat untuk belajar jika pengajaran berbantukan kreativiti, kewajaran dan justifikasi.. Oleh itu tugasan ini menyelongkar sedikit sebanyak kaedah yang telah saya gunakan untuk memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi tersebut. Pelbagai kaedah telah dihuraikan dalam tugasan ini. Adalah menjadi harapan saya dengan menekankan kemahiran ini maka modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan.

1.0 PENGENALAN

Pada akhir-akhir ini, masyarakat yang kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat Modal Insan dapat dicapai untuk pembangunan negara. Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawau telah membangkitkan Konsep Modal Insan. Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dan berkompeten dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Masyarakat yang kreatif bermaksud masyarakat yang mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali.

Masyarakat yang inovatif pula bermaksud masyarakat yang memiliki kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baharu. Sebagai institusi pelajaran, sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.
2.0 KONSEP PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN
Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. pemikiran kreatif dan inovatif yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran secara kritis dan kreatif. Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran keatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi.

Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan berlaku. Kompeten bermaksud pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiliki oleh seseorang pelajar untuk meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan. Kompeten merupakan satu keperluan yang standard bagi seseorang pelajar mencapai hasil peresekolahannya seperti dapat bersaing secara positif dengan rakan-rakan pelajar dan mereka hendaklah bernilai marketable dan employable apabila mereka meninggalkan bangku sekolah. (Ainon Muhammad, 1996)

Untuk merangsang daya kreativiti murid, sistem pendidikan di negara kita perlu menekankan aspek percambahan idea dalam kalangan murid. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi medan di mana murid-murid dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea ini dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Percambahan idea ini boleh dirangsang mealui pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah atau problem-based learning. Sebagai contoh, seorang guru yang kreatif boleh meminta murid untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah.

Sekolah saya sering menghadapi masalah pembuangan sampah yang menjejaskan persekitaran dan suasana pembelajaran di sekolah. Perkara pertama yang perlu saya buat ialah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut. Setelah menemui puncanya, saya boleh menggalakkan pelajar mengemukakan pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka boleh berbincang mengenai perkara ini, membuat persembahan kepada kelas mengenai saranan penyelesaian masalah, dan seterusnya memilih saranan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Mungkin mereka akan mengemukakan kaedah baharu seperti pengurusan pembersihan sekolah, pemberian insentif kepada murid atau kelas yang paling bersih, atau mencipta alat baharu yang boleh mengatasi masalah pembuangan sampah di sekolah. Aktiviti ini melibatkan beberapa proses pembelajaran penting seperti pencarian fakta (fact finding), pencarian punca masalah (problem finding), pencarian idea (idea-finding) dan akhirnya penemuan penyelesaian (solution finding) yang kesemuanya merangsang daya kreativiti murid.

Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi hendaklah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea, pelajar yang berfikiran kreatif, kompeten dan inovatif dapat dilahirkan.

3.0 KAEDAH CUNGKIL BIJAK

Saya sebagai guru telah memperkenalkan satu kaedah yang bernama Cungkil Bijak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Am. Kaedah ini lebih berpusatkan pelajar. Aktiviti sambil belajar seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan, penyelesaian masalah, penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam ICT bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang kreatif, tetapi juga inovatif. Saya telah memperkenalkan beberapa aktiviti baru termasuklah program ‘Cungkil Bijak’ ini untuk menarik minat para pelajar dalam tajuk Kenegaraan. Cungkil Bijak merupakan satu kaedah kuiz. Pelajar dibahagiakn kepada dua kumpulan dan diadakan duga akal.

Sebelum mengambil bahagian dalam program ini, pelajar didapati menyediakan pelbagai teknik mengambil nota dan menyimpan nota untuk menajwab soalan-soalan tersebut. Biasanya pelajar saya lemah menguasai istilah dan fakta mengenai perundangan, kehakiman dan pentadbiran Malaysia. Selepas diadakan program Cungkil Bijak ini pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan yakin dan betul. Kreativiti mereka adalah dalam cara penyediaan nota dan inovasi pula mereka ialah dalam mereka bentuk satu teknik baharu yang belum digunakan oleh mana-mana pelajar yang lain di sekolah saya.

Kesimpulannya, kaedah Cungkil Bijak ini telah mendorong pelajar saya lebih kreatif dan inovatif dalam penyediaan dan penyampaian buah fikiran. Malah saya telah mendapati prestasi mereka juga telah meningkat khususnya topik yang diajarkan.

4.0. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar juga boleh dipupuk dalam pelaksanaan pembelajaran dalam kumpulan. Setiap pelajar mempunyai daya imiginasi yang tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan. Pembelajaran dalam kumpulan dapat memupuk para pelajar untuk berfikiran secara terbuka atau berfikir di luar kotak serta secara analitikal, kritikal dan praktikal. Apabila saya memberikan pelajar sesuatu situasi untuk diselesaikannya, pelajar-pelajar melihat masalah itu dari pelbagai perspektif.
Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini akan mendorong –pelajar pelajar saya untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah.

Dalam bilik darjah, saya sentiasa memastikan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan yang digunakan merangkumi sifat-sifat, kelebihan dan kekurangan bahan yang digunakan dalam pembelajaran. Hal ini memerlukan pelajar bijak membezakan setiap bahan yang digunakan. Oleh itu kebolehan membandingkan dan membezakan dalam bab Kehakiman umpamanya amat diperlukan di samping penyelesaian masalah yang diberi. Tajuk Kehakiman yang merangkumi fungsi dan bidang kuasa mahkamah dan hakim contohnya lebih menjurus kepada soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan berdasarkan situasi-situasi. Hal ini selaras dengan Sukatan Pelajaran Pengajian Am yang menuntut pelajar supaya mentakrifkan mahkamah dan bidang kuasanya dengan tepat sebelum menyelesaikan masalah kehakiman yang diberi.
Pelajar perlu memikirkan beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik semasa menyelesaikan masalah dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian menentukan keutamaan untuk menyelesaikan masalah.Penggunaan model kreatif dan inovasi akan membantu pelajar dalam cara belajar bab ini dengan lebih berkesan. Pelajar yang mengaplikasikan model ini dalam pembelajaran bab Kehakiman telah memahami bahawa kemahiran berfikir yang efektif perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana penyelesaian masalah Kehakiman juga sebagai proses kemahiran berfikir. Saya berpendapat bahawa penggunaan kaedah pemikiran kreatif dan inovasi dalam menyelesaikan masalah yang digunakan dalam pembelajaran, pelajar diharapkan menjadi seorang penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam dan di luar sekolah.
Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah ini bukan sahaja telah berjaya merungkaikan segala kesulitan pelajar dalam pelajaran malah dapat membantu pelajar apabila mereka dewasa nanti.

5.0. PENGGUNAAN PETA MINDA DAN GRAFIK

Untuk memantapkan penggunaan kreatif dan inovasi dalam bilik darjah, saya menggalakkan pelajar saya menggunakan alat-alat berfikir seperti peta minda dan untuk membantu mereka dalam memahami fakta-fakta dalam bab Perundangan dengan lebih mudah. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta minda. Hal ini adalah selaras dengan Abd.Rahim (1999) dan Buzan (1984) iaitu bagi meningkatkan daya ingatan, taakulan dan perkembangan pemikiran dalam sesuatu pembelajaran, konsep pemetaan minda boleh diketengahkan. Perundangan merupakan satu bab untuk pelajar memahami proses pembinaan ingatan yang bermula dari tajuk-tajuk kecil hinggalah tajuk-tajuk yang lebih rumit.

Setiap proses yang dinyatakan dalam bab ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar untuk membezakan setiap aras perundangan seperti perundangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Oleh yang demikian untuk mengelakkan pelajar-pelajar keliru dengan setiap proses yang dinyatakan, pelajar boleh menggunakan model pemikiran kreatif dan inovatif untuk bab ini. Teknik berfikir melalui operasi meta kognitif ini akan membantu individu menjana pemikiran secara kreatif dan kritis melalui peta minda dan penggunaan grafik.

Selain itu peta minda yang lain adalah seperti ‘relevance tree’. Saya akan memecahkan sesuatu tajuk utama kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa saya gunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan seperti Hierarki Kerajaan Pesekutuan Malaysia. Struktur organisasi ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian ‘line’ dan ‘staff’. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain. Satu lagi bentuk peta minda yang saya gunakan untuk menggalakkan pelajar saya berfikir secara kreatif dan inovasi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini biasanya saya gunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan khususnya apabila saya mengajar tajuk-tajuk esei dalam kelas saya.

Kesimpulannya, penggunaan peta minda dan grafik seperti rajah, gambar rajah dan pelbagai bentuk visual lain mendorong pelajar saya berfikir secara lebih terbuka, kreatif dan inovatif

6.0 PENGGUNAAN TEKNIK GLUKOSA
Seperti yang diketahui umum, GLUKOSA diperlukan untuk menghasilkan tenaga
bagi metabolisme hayat. Saya telah menterjemahkan ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk menghasilkan idea-idea baharu. GLUKOSA yang diertikan adalah seperti berikut:

G – ganti atau gabung
L – lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)
U – ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain)
K – kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)
O – olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan)
S – songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain)
A – aplikasi atau adaptasi.
Untuk menghasilkan rekaan baharu, saya telah menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini telah saya gunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. GLUKOSA ini merupakan satu senarai semak (check list) Senarai semak ini telah diperluas lagi dan tidak rigid. Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti berikut:

IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA Idea / proses & bentuk baru
Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan
G
L
U
K
O
S
A

Pelajar-pelajar diminta mengisi item yang dipelajari di ruang pertama. Selepas itu mereka dikehendaki nyatakan sebarang kemungkinan, akibat atau kesan yang berlaku terhadap item yang ditulisnya tadi di ruang ketiga. Selepas pelajar berfikir, sudah tentu dia akan memperoleh satu idea baharu. Jadi idea baharu itu akan ditulis di ruang akhir. Saya telah melakukan eksperimen ini setiap kali saya mengajar tajuk karangan. Karangan lebih sesuai kerana pelajar dapat memikirkan banyak idea baharu mengenainya.

Kesimpulannya, kaedah GLUKOSA amat sesuai bagi guru-guru bahasa yang perlu mengajar tajuk-tajuk karangan, rumusan, ringkasan dan karangan berpandu.

7.0 KAEDAH KEMAHIRAN KOGNITIF DAN INKUIRI

Salah satu matlamat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am ialah pelajar dapat memikirkan sesuatu dengan kritis dan kreatif sesuai dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dalam hali ini saya sebagai guru memberi tumpuan terhadap ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik pelajar agar bertutur, cekap membaca dan dapat menulis dengan kreatif. Matlamat ini dapat dicapai melalui penghasilan karangan yang melibatkan hubungan pemikiran dan peluahan dalam bentuk tulisan. Menurut Mohd. Yusuf Hassan (1994), penulisan karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar berfikir dengan domain kognitif di samping domain afektif dan psikomotor.

Dalam konteks pengajaran karangan, saya menggalakkan pelajar menulis rangka-rangka karangan sebelum memindahkannya dalam bentuk karangan lengkap. Beberapa kumpulan diwujudkan dan setiap ahli kumpulan digalakkan memberi pendapat mengenai tajuk yang bakal ditulis oleh mereka. Sokongan bahan bantu mengajar seperti keratan akhbar, rencana elektronik dan power point akan melahirkan pemikiran pelajar yang positif, kreatif dan inovatif. Penghasilan karangan oleh pelajar mempamerkan kemahiran berfikir setelah melalui pendedahan kemahiran berfikir setelah melihat, membaca dan menghayati bahan-bahan pengajaran yang telah saya sediakan sepanjang tempoh pengajaran karangan tersebut.
Dalam memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi saya mengesyorkan Model Inkuiri dalam bilik darjah. Model Inkuiri ini merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Saya menjalankan aktiviti soal selidik ini supaya pelajar saya dapat mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Dalam Inkuiri terbimbing, saya telah membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.

Kajian jenis ini telah saya gunakan untuk membimbing pelajar tingkatan enam atas untuk menjalankan kajian seperti mana dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Model inkuiri ini amat berguna apabila saya menyuruh pelajar mencari bahan pembelajaran seperti keratan akhbar, rencana dari internet dan sebagainya. Pelajar dikehendaki mengumpul seberapa banyak maklumat yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi guru. Kemudian saya akan menentukan sama ada bahan yang dicari pelajar itu sesuai atau tidak mengikut kehendak pelajaran pada hari tersebut. Model ini membantu pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bagi tajuk-tajuk Pengajian Am.

Kesimpulannya, kemahiran kognitif dan inkuiri membantu pelajar dapat menulis esei yang lebih berkualiti, berfikir secara logik, boleh memuatkan atau mengisi buah fikiran di lokasi yang sesuai dalam wacana penulisan atau lisan. Tanpa kemhiran kognitif pelajar tidak dapat memiliki kemahiran ingin mengetahui.

8.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini disebabkan golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah sekarang. Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu.

Oleh itu, jelas kelihatan bahawa sekolah memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten untuk keperluan masa depan negara. Pembangunan modal insan seperi dituntut dalam Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembanguan Pendidikan memerlukan pemikiran rakyat yang dinamik dan berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penerokaan fikiran. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan.

SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahim Hussein (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Umida Industries Sdn. Bhd., Skudai ;

Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya Fikir. Utusan Publications, Kuala Lumpur

Buzan, (1984), Mind Mapping: Kickstart Your Creativity and Transform Your Life, Amazon: London

De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral ; Golden Books Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

De Bono, E (1993). Atlas of Management Thinking.: Penguin Books, London
Kemmis, (1988) The Action Research Reader. Victoria: Deakin University.
Mohd Yusof Hassan, (1994), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur,
Poh Swee Hong, (1999) “Creative Thinking – Study and Teaching” , Kumpulan Budiman : Subang Jaya

PENULISAN SAINTIFIK

 

1.Penyataan Masalah

Kemahiran menulis ialah apa yang hendak ditulis dan memilih bentuk yang tepat.Kemahiran ini merupakan satu aktiviti konstruktivis yang memerlukan seseorang terlibat secara aktif dalam proses membentuk makna denganbahasa tulisan.(Hayes & Flower,1979).Penulisan ini dibahagi dua,iaitu penulisan berbentuk saintifik dan bukan saintifik.Yang bukan saintifik terdiri daripada penulisan deskriptif,naratif,imaginasi dan sebagainya.Penulisan saintifik juga dikenali juga sebagai penulisan ternikal.Oleh sebab laras bahasanya terlalu akademik,penulisan ini dikenali juga sebagai penulisan ilmiah atau akademik.Tujuan penulisan saintifik ialah untuk memberitahu sesuatu kepada pembaca supaya pembaca tersebut dapat bertindak.Penulisan ini mempunyai matlamat khusus dan khalayak khusus.Penulisan ini lebih berkuasa daripada penulisan lain kerana penulisan ini membolehkan sesuatu perkara akan terjadi atau berlaku.(Kenneth W.Houp,1984)Penulisan saintifik sememangnya tidak ditekankan dalam system pendidikan kita.

Objektif Sukatan Pelajaran KBSM mahupun Sukatan Pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan(STPM) tidak memberi penekanan terhadap penulisan saintifik.Laporan-laporan Majlis Peperiksaan Malaysia(bagi STPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia(bagi SPM) melaporkan bahawa calon-calon SPM dan STPM gagal menggunakan penulisan saintifik ataupun teknikal dalam jawapan mereka.Misalnya Laporan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi mata pelajaran Fizik 960,STPM 2009 mengatakan bahawa,”..pada amnya bahasa yang digunakan memuaskan tetapi masih terdapat calon menggunakan bahasa yang kurang tepat dari segi sains untukmenjelaskan fenomena fizik…”(Laporan STPM,2009).Bagi subjek Kimia pula,laporan STPM 2010 mengatakan bahawa…”kelemahan pelajar ialah suka membuat ayat yang panjang-panjang,berbelit-belit dan sebahagiannya tergantung. …malah terdapat juga ketidaktepatan perostolahan kimia…..kelemahan calon menguasai konsep saintifik menyebabkan mereka tidak kritis dan fakta-fakta calon berulang-ulang….takrif juga tidak sempurna..”(Laporan STPM,2010)

Laporan tersebut menunjukkan bahawa mutu jawapan pelajar dalam mata-mata pelajaran tersebut tidak berkualiti dan tidak memenuhi cirri-ciri penulisan saintifik.Bagi mata pelajaran Pengajian Am,pelajar-pelajar dikehendaki menulis dua buah karangan iaitu satu daripada laras sastera dan satu daripada laras sains.Bagi penulisan laras sains,pelajar-pelajar tidak menggunakan sebarang teknik saintifik seperti istilah khusus,ketepatan,objektiviti,kejelasan
dan sebagainya“…penggunaan bahasa calon dalam karangan laras sains terlalu umum,terdapat perulangan fakta,pemerengganantidak betul,jawapan tidak diolah dengan kemas dan tidak menguasai maklumat tentang tajuk karangan…”(Laporan STPM,2008,2009 dan 2010).Yang menjadi ironisnya ialah pelajar-pelajar tidak diajar atau dibimbing di sekolah tentang bahasa atau laras sains.Jadi tidak hairanlah jika pelajar-pelajar menggunakan laras bahasa umum dalam kedua-dua karangan tersebut.

Sukatan Pelajaran digubal berasaskan irea komunikatif di mana Bahasa Merentas Kurikulm.Komunikatif sama ada secara lisan ataupun penulisan adalah amat penting kerana dengan kemahiran ini pelajar dapat mencetuskan fikiran mereka dan dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan berkesan.Penulisan saintifik atau teknikal merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikatif.Penguasaan kemahiran penulisan saintifik akan membolehkan pelajar-pelajar dapat menghadapi dunia kerjaya mereka apabila dewasa nanti.Penulisan saintifik banyak digunakan dalam semua bidang professional dan perindustrian.Pemerhatian dan pemeriksaan penulisan oleh penyelidik sebagai guru Pengajian Am dan mengajar mata pelajaran ini di kedua_dua aliran kemanusiaan dan sains berpendapat pendekatan penulisan saintifik ini sesuai dan berkesan diajarkan di peringkat menengah tinggi di sekolah-sekolah.

2.Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah tahap penulisan saintifik dalam kalangan pelajar tingkatan enam.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cirri-ciri penulisan saintifik dalam penulisan pelajar iaitu dalam mata pelajaran Pengajian Am dan mata-mata pelajaran sains tulen dan sains social.

3.Sorotan Kajian

Ramai yang beranggapan bahawa apabila disebut sahaja penulisan saintifik,maka yang difikirkan ialah penggunaan istilah yang khusus dalam penulisan tersebut.Sebenarnya istilah saintifik tersebut hanya sebahagian daripada beberapa ciri yang menentukan corak penulisan saintifik.Menurut Asmah Hj.Omar,
“…sebenarnya bahasa saintifik mempunyai pengertian yang luas dari segi laras dan gaya,bentuk kata,frasa,modus dan teksnya.Ini kerana bahasa saintifik agak berlainan sedikit dari segi gaya bahasa dibandingkan bidang yang lain sama ada dari segi takrif,modus,penghuraian dan sebagainya…”.(Asmah,1987)

‘Penulisan bukanlah suatu perlakuan yang mudah.Penulisan memerlukan
penelitian,penganalisisan,penyusunan fakta dan penghuraiannya kepada bentuk pengucapan yang logical.Dalam buku‘Effective Writing Strategies for Engineers and Scientists’,karangan Woolston et.al (1998),penulisan ditakrifkan sebagai satu proses mereka bentuk sesuatu dokumen yang menepati sesuatu kehendak dan menentukan ia menepati sesuatu fungsi yang dihasratkan”(Ismail Ahmad,1996).Dalam hal perlakuan penulisan pelajar,dokumen tersebut ialah penulisan yang dihasilkan sama ada dalam mata pelajaran Pengajian Am atau menulis sesi bagi mata pelajaran sains tulen atau sains dan social.Saintifik atau tidak sesuatu penulisan diukur dari segi penggunaan bahasa dan isinya.Bahassa penulisan saintifik lebih khusus berbanding bahasa bukan saintifik lebih deskriptif dan terhurai.Manakala isi dalam penulisan saintifik memperkatakan suatu bidang dengan tepat,objektif,jelas,ringkas dan mudah difahami.
Kekhususan fakta dan ketepatan kata menyebabkan seseorang yang bukan dari bidang tersebut mengalami kesukaran memahaminya dan mengatakan bidang penulisan saintifik ini kabur dan kompleks.Kompleks atau rumitnya di sini ialah bahasa dan isi tersebut tidak dapat difahami oleh pembaca biasa.Untuk memudahkan pemahaman pembaca ilustrasi seperti gambar,graf,peta dan grafik lain turut digunakan.Biasanya ini dapat digunakan dalam penulisan sains tulen yang menekankan sains empirical dan teknikal.Untuk menghasilkan penulisan saintifiks atau teknikal yang berkualiti seseorang perlu mematuhi beberap peraturan dan prosedur.Yang pertama mematuhi peraturan penulisannya dan kedua menyarankan kaedah kepada penulis muda dalam bidang ini agar mereka dapat mengolah dan menyampaikan hasil kerja atau laoran mereka dan akhirnya diterima oleh pembaca.(P.G.Cooray,1992).Peraturan dan prosedur yang dimaksudkan ialah ketepatan kandungan penulisan saintifik dan kejelasan.Dalam aspek kejelasan,kata-kata yang digunakan hendaklah terus terang dan tiada makna tersirat.Penulis hendaklah menulis berkaitan dengan tajuknya sahaja. P.G.Cooray mencadangkan penulisan saintifik hendaklah bebas daripada kata-kata jargon,kolokial dan hendaklah diberi takrifan terhadap istilah khusus.

Penggunaan kata-kata hendaklah padat dan barsifat ekonomik iaitu tiada pembaziran kata-kata.Penulisan saintifik juga harus memperlihatkan kepaduan iaitu penulisan mempunyai urutan logic dalam setiap bahagian penulisan.

Penulisan saintifik yang berkualiti harus mewujudkan hubungan antara penulis dengan pembaca.Kesan penulisan yang berkualiti bukan sahaja terletak pada bahasa,malah bergantung juga kepada 8 kriteria yang disarankan seperti berikut.(John Kirkman,1994)sama ada
l pembaca biasa dengan penulisan tersebut,
l sikap pembaca terhadap penulisan,keadaan mental dan fizikal sewaktu membaca penulisan saintifik,
l motivasi pembaca,
l harapan pembaca terhadap gaya,
l pengolahan dan reka letak,
l pengolahan bahan penulisan oleh penulis,
l sejauhmana penulis memasukkan maklumat yang terperinci
l dan keadaan fizikal teks seperti reka letak (layout),saiz huruf dan muka taip yang digunakan dalam penulisan saintifik.

Dari segi gaya bahasa penulisan saintifik,beliau menyimpulkan bahawa (1) ayat yang pendek,mudah dan ringkas,(2) kosa kata yang padat,kusus,dan konkrit.(3)frasa hendaklah bersesuaian dengan ekpresi,berterus terang tanpa berselindung maklumat.(4)kata kerja yang digunakan dalam penulisan hendaklah kata kerja aktif iaitu ayatt dimulakan dengan kata nama sebagai subjek(pelaku) (5)perenggan yang seimbang (6)tanda baca yang sesuai .(john Kirkman,1994)Dalam makalah “the Functional writing Modelin Technical Writing Courses” .Anita Brostoff mencadangkan bahawa penulisan saintifik harus mempunyai beberapa aspek iaitu (1)pengolahan idea iaitu olahan idea ini menyatukan perengan dengan logic (2) sentiasa merujuk kepada pembaca (3)meramalkan olahan idea kepada pembaca dan (4)penghujahan yang logik (dalam Dwight W.Stevenson,1981)

Penulisan saintifik atau teknikal hendaklah jelas dengan matlamatnya.Ini bermaksud tiada sebarang penulisan saintifik tanpa jelas dengan maknanya.(Kenneth W.Houp &thosmas E.Pearsall,1984)Hal ini berlaku kerana setiap penulis saintifik sebelum mula menulis mereka telah memastikan siapakah pembaca mereka.Setelah sudahpasti dengan audiensnya ,bahasa yang digunakan adalah padat,langsung dan ringkas.renulisan santifik ialah kayar bukan fiksyen .Penulisan saintifik ini meliputi pelbagai bidang.Apabila pelajar sekolah yang terdedah kepada penulisan saintifik ,mereka akan memanfaatkan apa yang dipelajari dalam penulisan ini dalam hidup sebenar mereka apabila mereka memasuki alam pekerjaan sebagai ahli perniagaan,sarjana,guru,saintis,industrialis.doktor,ahli ekonomi dan sebagainya Mereka akan menggunakan komunikasi yang berkesan satu cara untuk menukar-nukar informasi dari penulis kepada pembaca secara bermakna dan berkesan .Oleh itu peljar sekolah patut didedahkan kepentingan penulisan saintifk sejak di sekolah lagi.Kegagalan kerajaan menekan kan penulisan ini sebagai satu kemahiran dalam sukatan pelajaran adalah satu kekurangan dalam dunia akademik.Antaralain pelajar perlu sedar bahawa perubahan tamadun manusia ke era globalisasi memerlukan penulisan yang bercorak informative

Manusia mempunyai pelbagai pengalaman identiti dan reaksi.Jadi menyampaikan komunikasi secara saintifik dengan setepat-tepatnya adalah sukar.Bagaimanapun pegguaan lapan prinsip dalam penulisan saintifik atau teknikal berikut akan dapat mengatasi masalah komunikasi tersebut.Antaranya:

• -penulis saintifik memahami pembacanya
• -ketahui tujuan teks yang ditulis
• -ketahui kandungan penulisan
• -mengolah bahan penulisan
• -menulis secara objektif
• -menggunakan bahasa yang standard
• -menggunakan format yang betul
• -sesuaikan amalan etika dalam penulisan saintifik(narva T.Barnett,1987)

Selain teknik (gaya),bahasa juga memainkan peranan dalam saintifik .Tanpa mengetahui tatabahasa.sukar untuk penulis saintifik merakamkam cetusan ideanya secara berkesan .Hasil penulisan yang tidak berkesan disebabkan bahasa yang lemah,kurang mendapat perhatian daripada pembaca.Jadi mesej yang ingin disampaikan oleh penulis tidak kesampaian kepada khalayak/Idea tidak selanjar dan tidak berkesan jika menggunkan tatabahasa dengan tidak betul.(Ismail Ahmad ,1996).Kepentigan tatabahsa dalam penulisan saintifik perlu kerana pembaca dapat membaca tulisan tersebut dengan lancar.Maksud tatabahsa di sini bukanlah huraian struktur ayat tersebut .Dalam bukunya,”Element Of Scientific Writing”,penulisnya menerangkan bahawa prinsip pertama penulisan saintifik ialah bahasa sebagai aspek primer dan isi sains sebagai aspek sekunder.(Alwarez,1980)

Penulisan berkualitif dan berkesan mesti dimulakan dengan penggunaan tatabahasa yang betul,termasuk mekanisnya seperti tanda baca,ejaan dan huruf besar dan kecil.Salah eja atau salah guna sesuatu oerkataan akan membawa konotasi yang salahdalam penulisan saintifik .Gangguan seumpama ini menjelaskan kosentrasi yang salahdalam penulisan saintifik.Gangguan seumpama ini menjejaskan konsentrasi pembaca terhadap teks saintifik .,Penggunaan tatabahsa yang betul juga memberi kuasa autoriti kepada penulis untuk menyampaikan mesejnya .Subjek kajian iaitu pelajar tingkatan enam sudahpun menguasai bahasa Malaysia selama 12 tahun.Jadi mustahil bagi ,ereka ,asih menyalahgunakan bahasa dalam penulisan saintifik.Penulis saintifik hendaklah mengelakkan
• penggunaan perkataan yang membeza-bezakan lelaki dengan perempuan
• tabiat meminggirkan wanita dalam penulisan
• penggunaan kata nama sebagai subjek ,kata kerja yang betul
• kata-kata yang membawa makna tersirat dan kata-kata yang mengelirukan pembaca.
• kepada penulis .Penulis menggunakan laras sains tetapi bahasanya bernada sajak seperti rimanya sama.terdapat aliterasi,asonansi dan sebagainya.
• Penulissn saintifik dibentuk oleh ciri-ciri saintifiknya.Ciri saintifik tersebut ialah jelas dan terbaca (readability),Maksudnya,pembaca memahami dengan medah.Koheren ,maksudnya ,terdapat kepaduan antara isi,huraian dan buklti atau contoh yang jelas .Mudah dan langsung ,maksudnya tiada pembaziran kata-kata .Kepelbagaian maksudnya pelbagai gaya dapat diperlihatkan.Ketegasan dan objektiviti,maksudnya penulis bersikap yakin,autoriti dan pendapatnya diuji secara empirikal
• tanda baca seperti sempang,noktah bertindih ,koma dan noktah diberi perhatiab serius
oleh penulisan saintifik(MArva T.Barnett,1987)

Pendek kata kecekapan tatanahasa dianggap komponen yang penting yang meliputi pengetahuan dan kemahiran menggunakan peraturan dan bentuk tatabahasa yang tepat bagi memahami atau membentuk makna(Hashim Othman,2000)
Selain bahasa dan teknik,maklumat yang ditulis dalam penulisan saintifik adalah sangat penting .Hanya maklumat dalam teks saja membezkan sesebuah teks itu saintifik atau sebaliknya.Fungsi asas penulisan saintifik adalah untuk menyampaikan maklumat dan hasil kajian tentang Sains atau yang berhubung dengan sains.Berbanding dengan bidang penulisan lain,penulisan saintifik lebih dan melibatkan ketrampilan dan kepakaran dalam sesuatu bidang iktisas yang khusus(Ismail Ahmad & MD Nordin Hj.Hasan,1995).Maklumat yang digunakan dalam penulisan menunjukkan kepakaran penulis dalam bidangnya .Walau apapun bidang kepakaran ,penulis saintifik tidak boleh elak daripada empatjenis pendedahan maklumat (1)pemerihalan proses (2)dekripsi objek (3)penyebaran polisi (4) penhuraian teori (ibid,1995)Pendek kata maklumat yang digunakan adalah boleh diuji,boleh diyakini dan boleh diulangi dalam situasi yang lain

Gaya bahasa penulisan saintifik juga bervariasi.Penulis boleh menggunakan pelbagai gaya bahasa mengikut tujuan penulisan saintifik tersebut dihasilkan.Gaya bahasa merujuk kepada satu teknik atau cara penulis mengungkapkan matlamat dan ideanya.Gaya ini bergantng kepada bentuk penulisan.Gaya bahasa ini dibahagi kepda didaktik formal,pendedahan,kewartawanan,esei,retorik,poetik dan ilmiah (Ismail Ahmad,1996).Gaya bahasa didaktik digunakan dalam manual sains atau teknologi di malmal atau di kelas.Dalam gaya ini guru mengajar pelajar peringkat demi peringkat .Contoh yang paling tepat ialah guru menjalankan ujian amali di maklmal.Untuk menghasilakanmakalah atau tesis,perlu digunakan gaya ilmiah atau akademik .Laras bahasanya tinggi dan berintelektual tnggi .(Asmah Hj.Omar .1987)/Gaya bahasa ini menggunakan kata kerja pasif diri ketiga .Hal ini kerana penulisan saintifik jenis ini seolah-olah menunjukkan perbuatan tersebut telah berlalu dan diceritakan oleh orang ketiga .Gaya bahasa pendedahan digunakan apabila penulis saintifik ingin mengemukakan sesuatu penemuan baru.Gaya bahasa kewartawanan lebih merujuk kepada gaya laporan iaitu penulis elaporkan sesuatu fenomena yang telah berlaku .Gaya poetik ialah gaya yang menarik perhatian orang kepada penulis.Penulis menggunakan laras sains tetapi bahasanya bernada sajak seperti rimanya sama ,terdapat aliterasi,asonansi dan sebagainya

Penulisan saintifk dibentuk oleh ciri-ciri saintifiknya,Ciri saintifik tersebut ialah jelas dan terbaca (readability_.Maksudnya pembaca memahami dengan mudah.koheren,maksudnya terdapatkepaduan antara isi,huraian dan bukti atau contoh yang jelas .Mudah dan langsangt ,maksudnya tiada pembaziran kata-kata.Kepelbagaian maksudnya penulis bersikap yakin,autotiti dan pendapatnya boleh diuji secara empirikal

4.Metodologi Penyelidikan

4.1Subjek
Subjek kajian terdiri daripada pelajar tingkatan enam jurusan kemausiaan dan sains.Pelajar enam rendah dipilih kerana pelajar enam atas akan menghadapi STPM pada tahun ini.Pemilihan sekolah yang mempunyai tingkatan enam dipilih secara rawak.Setiap sekolah yang dipilih ,akan terpilih juga pelajar dari kedua-dua jurusan .Subjek telah mempunyai penguasaan bahasa yang agak baik kerana mereka telah memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam bahasa Malaysia di peringkat SPM.Subjek yang berbakat saintifik juga akan dikenalpasti untuk kajian ini.Pemilihan ini akan dibuat berdasarkan minat dan kecenderungan mereka dalam mata-mata pelajaran sains tulen sebelum ini.Persampelan kajian ialah penulisan subjek yang panjangnya 300 hingga 350 perktaan(kehendak soalan STPM)

4.2 Alat ukur
Kajian ini akan menggunakan dua alat iaitu model penulisan saintifik yang direka oleh penyelidik dan skema penaksiran penulisan saintifik juga direka oleh penyelidik setelah mengubahsuai Skala Penulisan Kualititatif. Kedua-dua model dan skema ini akan diujikesahan dan kebolehpercayaannya dengan melakukan satu ujian oleh pemeriksa atau penilai yang terdiri daripada guru-guru tingkatan enam yang mengajar subjek berkenaan. Jika koefisiennya tinggi maka alat ini boleh mengukur prestasi subjek. Untuk mengukur kebolehpercayaan alat saya akan menggunakan nilai Cromback-Alpha untuk ketekalan ujian. Ujian yang tekal mempunyai nilai alpha melebihi 0.5. Indeks kebolehpercayaan saja belum menjamin kesahannya. Penyelidik juga akan melihat bukti-bukti lain yang relevan dengan instrument yang digunakan. Model akan direka sendiri berdasarkan cirri-ciri penulisan saintifik yang patut dipatuhi oleh subjek semasa menghasilkan penulisan. Kedua-dua model dan skema penaksiran akan diubahsuai daripada The Development Of A Qualitative Writing Scale oleh Harriet Wong dari UKM dan Quality Characteristic And Element oleh Gretchmen Hargis (1998) New Jersey

4.3 Rekabentuk
Kajian akan menggunakan sebanyak 10 hipotesis nol. Setiap hipotesis ini akan diuji signifikannya setelah melihat perubahan-perubahan pada pemboleh ubah bebas. Jika pembolehubah bebas dapat mempengaruhi pembolehubah bersandar, maka penyelidik dapat merumuskan bahawa pembolehubah bebas ada hubungan signifikan dengan pembolehubah bersandar. Maka dengan ini skema yang dibina oleh penyelidik dapatlah diterima. Pengkaji ingin memastikan sama ada skema yang diberi kepada kumpulan eksperimen dapat membantu subjek atau tidakuntuk menghasilkan penulisan saintifik yang berkualiti. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk eksperimen. Subjek dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan eksperimen, kumpulan kawalan 1 dan kumpulan kedua. Dalam setiap kumpulan terdapat subjek dari jurusan sains dan kemanusiaan. Kajian ini akan dijalankan selama 8 minggu (2 bulan). Pada pertama subjek daripada ketiga-tiga kumpulan diberi ujian pra yang menguji kemahiran penulisan saintifik. Selepas ujian pra, subjek daripada kumpulan eksperimen diberi latihan terancang dengan menggunakan model penulisan yang direka selama enam minggu menerusi pengajaran guru. Guru-guru akan diberitahu supaya menggunakan model penulisan penyelidik sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

Subjek kumpulan kawalan 1 dan 2 diajar secara biasa tanpa treatment atau olahan. Subjek diajar dengan menggunakan model lama yang digunakan oleh guru sekarang. Pada minggu kelapan ketiga-tiga kumpulan akan diberi ujian pasca.

4.4 Tatacara
1. Penyelidik akan mereka bentuk sebuah model penulisan saintifik.
2. Penyelidik akan mereka bentuk sebuah skema untuk penaksir/penilai penulisan saintifik.
3. Penyelidik akan mendapat kebenaran daripada housekeepers seperti Jabatan Pendidikan.
4. Pada minggu pertama tempoh kajian, ujian pra akan dijalankan untuk 3 kumpulan tersebut.
5. Pada minggu kedua hingga ketujuh, guru-guru akan mengajar penulisan saintifik dengan menggunakan model penulisan kepada kumpulan eksperimen. Pada tempoh yang sama kedua-dua kumpulan kawalan 1 dan 2 akan diajar tanpa model penulisan saintifik. Mereka akan diajar dengan cara biasa.
6. Pada minggu kelapan, ketiga-tiga kumpulan akan diberi ujian pasca.

5 Analisis Data
Penyelidik akan menggunakan statistic inferensi. Dalam hal ini penyelidik akan menggunakan Ujian T sample korelasi- satu ujian berparameter yang digunakan untuk menentukan samaada wujud perbezaan yang bererti dari segi statistic di antara prestasi subjek yang telah dipilihsecara rawak dalam dua kumpulan yang mempunyai hubungan dalam satu daripada dua cara. Subjeknya sama tetapi diukur prestasi dalam dua keadaan yang berlainan iaitu pretest dan posttest. Penerokaan komponen atau cirri-ciri penulisan saintifik dalam penulisan dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis factor.

6.Perkakasan dan Bahan
Bahan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah esei-esei penulisan saintifik untuk dinilai. Model penulisan yang akan direka oleh penyelidik akan digunakan oleh guru-guru bagi kumpulan eksperiman. Kertas-kertas digunakan untuk diedar kepada subjek untuk menulis esei dan kemudahan percetakan juga diperlukan. Bahan boleh difotokopi.

7.Bibliografi
Asmah Hj.Omar, (1987)Bahasa Malaysia Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Barnett, Marva, (1987)Elements of Technical Writing, Delmar Publishing, USA.
Cooray P.G., (1992)GuideTo Scientific and Technical Writing, Hindagala, Sri Lanka
Desmond Allison, (1999) Language Testing And Evaluation: An Introductry Course, Singapore University Press, Singapore.
Hargis, Gretchen., (1998) Developing Quality Technical Information, Prentice Hall, New Jersey, USA.
Harriet Wong, (1989) The Development Of A Qualitative Writing Scale, Pusat Bahasa UKM, Kuala Lumpur.
Hashim Othman, (2000)Penerokaan Komponen Komunikatif Dan Pembinaan Skema Pemarkahan Holistik, Tesis Ph.D belum diterbitkan, USM, Pulau Pinang.
Huckin N.Thomas, (1991) Technical and Professional Communication, Mc.Graw Hill Inc., New York
Ismail Ahmad, (1996) Penulisan Saintifik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Ismail Ahmad dan Md.Nordin Hj.Hasan (1995) Komunikasi Saintifik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Lindsay, David (1984) A Guide To Scientific Writing, Longman Cheshire, Melbourne, Australia
Kirkan, John (1994) Good Style Writing For Science And Technology, E&FN Spon, London
Majlis Peperiksaan Malaysia (1988,1989,1994 dan 1999), Laporan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Federal Publications, Kuala Lumpur
Mitcell, Cates Ward (1990), Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan (terjemahan Syaharom Abdullah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mokhtar Ismail, (1995) Penilaian Di Bilik Darjah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Steveson W. Dwight (ed.) (1981) Courses, Components, And Exercises In Technical Communication, National Council Of Teachers Of English, Illinois.
Taeko Kamimura (2000) Integration Of Process And Product Orientation in EFL Writing Instruction dalam RELC Journal, SEAMEO, Regional Language Center, Singapore.
W.Houp, Kenneth (1984) Reporting Technical Information 5th.Edition, Mac Millan Publishing Company, New York, USA

ELEMEN-ELEMEN PEMBENTANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR PRA U ATAS: SIGNIFIKANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

 

1.0 PENGENALAN

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan di tingkatan enam. Salah satunya ialah kaedah pembentangan. Bersesuaian dengan kematangan fikiran pelajar tingkatan enam atas, pembentangan di hadapan kelas merupakan satu elemen pembelajaran yang penting. . Melalui pembentangan ini sikap keyakinan diri dan sikap pemerolehan ilmu dapat dipupuk dalam diri pelajar. Mengikut Kamus Dewan, pembentangan bermaksud,” perbuatan memaparkan, menghuraikan dan menerangkan sesuatu maklumat”. Jadi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pembentangan pelajar bermaksud pelajar memaparkan, menghuraikan dan menerangkan maklumat atau idea mengenai topik yang dipelajari dalam bilik darjah.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pembentangan dalam bentuk seminar dan kelas sememangnya banyak dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan enam. Akan tetapi berapa banyak guru dan pelajar mengetahui cara-cara pembentangan yang betul? Kebanyakan pelajar menghafal dan membaca di hadapan kelas apabila disuruh membentangkan kerta s kerja. Rata-rata guru dan pelajar tidak tahu menyediakan kertas kerja dan cara-cara pembentangan di hadapan kelas dalam jangka masa yang ditetapkan. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar tingkatan enam supaya mengetahui cara-cara pembentangan yang betul dan apakah-apakah elemen-elemen yang perlu diberi perhatian dalam pembentangan.

3.0 SOROTAN LITERATUR

Pembentangan penting dalam menyampaikan dan menerima ilmu. Pembentangan boleh berlaku secara formal seperti yang berlaku apabila pelajar menghadiri kelas pengajaran dan pembelajaran. Pembentangan dalam bilik darjah amat penting kerana pelajar dapat mengetahui skop pelajaran yang diajarkan oleh guru mereka dan pelajar boleh mendapatkan maklumat-maklumat baharu tentang mata pelajaran yang dipelajarinya. Kedua, iaitu pendengaran dan penglihatan dalam apabila mendapatkan sesuatu maklumat (Ismail Ahmad, 1995). Oleh itu, kombinasi ini memberikan kelebihan kepada pelajar berbanding dengan pembelajaran melalui penulisan. Di samping itu, faktor person-to-person, dan perhubungan peribadi secara terus menerus boleh menjadikan pembentangan menjadi sangat berkesan. Pembentangan yang menekankan ekspresi dan nada suara ini, membantu pelajar membina makna yang tidak terdapat dalam pembacaan mahupun dalam penulisan. Di samping mengasah kecerdasan berfikir dan ketrampilan menganalisis sesuatu keadaan, seseorang pembentang dapat menunjukkan ketrampilan dalam menyampaikan maklumat. Dalam dunia mencari pekerjaan, keupayaan berinteraksi dan menganalisis menjadi kunci kepada kejayaan kepada seseorang pelajar apabila mereka meninggalkan bangku sekolah nanti.

Pembentangan merupakan satu latihan akademik yang diperlukan di institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti. Bagi pelajar, latihan ini membentuk ciri yakin akan kebolehan diri sendiri serta meningkatkan keberkesanan berkomunikasi. Malah melalui pembentangan pelajar dapat menyebarkan ilmu dan hasil penyelidikan atau dapatan sesuatu kajian dengan berwibawa (Parvis, 2007).

Pada dasarnya, pembentangan seminar memerlukan perhatian yang lebih kepada teknik persembahan yang berkesan. Terdapat empat aspek yang penting yang perlu diketahui oleh seseorang pembentang, iaitu suara, kelakuan, pengolahan idea dan alat pandang dengar (audio visual). Persediaan perlu dilakukan dengan rapi sebelum sesuatu pembentangan disampaikan dengan jayanya. Tinjauan tentang beberapa perkara asas seperti tempat, masa dan tempoh pembentangan adalah antara maklumat asas yang perlu diketahui sebelum membuat kertas kerja pembentangan. Pengetahuan awal tentang tempoh pembentangan boleh digunakan bagi persembahan percubaan di tempat lain ataupun dalam bilik seminar sebenar sebelum seminar itu diberikan. Persediaan hand-out dalam bentuk nota boleh melicinkan pembentangan. kerana nota boleh disusun dalam susunan yang logik. Nota pendek ini akan jadi mudah dibaca sekiranya ditulis dengan jelas dan mengandungi fakta-fakta penting sahaja. Adalah baik jika teks penuh disediakan dan digunakan untuk percubaan. Bagaimanapun penggunaan teks penuh semasa pembentangan tidak digalakkan kerana ini memungkinkan pembentang itu membaca kertas kerja atau nota dan akan menghilangkan keyakinan pembentang tersebut (Gallo, 2006).

Beberapa perkara penting yang boleh menolong pembentang seminar semasa pembentangan. Antaranya ialah penggunaan masa yang betul, keserasian dan kelicinan bahasa yang digunakan, ketertiban dan kesesuaian suara. Penggunaan masa dalam dua aspek, iaitu isi dan tempoh. Tentang isi, adalah dicadangkan supaya pembahagian masa diberikan seperti berikut: 10% untuk pengenalan dan bahan kaedah; 80% untuk isi (hasil dan perbincangan) dan 10% untuk rumusan. Terdapat empat bahagian dalam pembentangan lisan sesuatu dapatan penyelidikan. Dalam setiap bahagian pembentang perlu menerangkan:

a) Mengapakah penyelidikan atau subjek pembentangan dilakukan?
b) Bagaimanakah pembentangan dilakukan?
c) Apakah yang telah diperoleh pada akhir pembentangan?
d) Apakah makna hasil yang diperoleh itu, berbanding dengan status ilmu yang ada sekarang? (Gilda, 1997).

Pembentangan dibahagikan kepada tiga, iaitu permulaan, pertengahan dan penutup. Pembukaan dan penutup sangat penting untuk keberkesanan pembentangan . Urutan tersebut merangsang pendengar untuk memahami mesej yang disampaikan. Pembentang memulakan pembentangan dengan menerangkan tujuan kajian atau topik pembentangan dan mengapa pembentangan tersebut dilakukan berdasarkan keadaan semasa. Ayat-ayat awal boleh digunakan untuk membentuk imej pembentang dan menolong pendengar menumpukan perhatian kepada topik yang akan disampaikan seterusnya.

Bahagian pertengahan merupakan peringkat perbicaraan. Di sinilah tempatnya sesuatu idea atau fakta dikemukakan, dibahaskan, disokong, dibuktikan serta dihubungkan antara satu dengan yang lain. Seseorang pendengar seharusnya dapat mengikuti sesuatu pendedahan idea tanpa perlu mengimbas kembali fakta yang terdahulu disampaikan. Keperluan mengimbas kembali ini dapat dielakkan jika pembentang seminar itu membentangkannya dengan berhati-hati (Ismail Ahmad, 1995).

Pembentangan perlu terus kepada mesej kerana pendengar tidak ada masa yang banyak untuk mendengar. Di samping itu pembentang sendiri tidak diperuntukkan masa yang panjang untuk berbicara mengenai perkara di luar tajuk . Pembentang seharusnya mengelakkan elemen-elemen yang tidak diberikan perhatian oleh pendengar. Tahap akhir ialah kesimpulan. Sesuatu pembentangan yang tiada kesimpulan seolah-olah menyerahkan kerja penyimpulan kepada pendengar. Kesimpulan atau penutup yang baik dapat mengukuhkan imej pembentang . Di samping itu, pendengar dapat menggarap fakta-fakta yang penting dan terpaut dengan maklumat – maklumat yang telah didedahkan itu.

Selain itu, bahasa yang mudah difahami perlu digunakan. Slanga , frasa bahasa asing dan jargon perlu dihindarkan. Pembentang harus menggunakan nada suara dan hentian yang betul supaya pendengar dapat memahami topik pembentangan dengan baik. Penggunaan kata ganti seperti kami, saya dan sebagainya boleh memberikan gambaran bahawa pendengar adalah terlibat secara peribadi dalam aktiviti pembentangan seminar yang dijalankan (Nik Safiah Karim, 1993) .

Satu lagi elemen penting dalam pembentangan ialah penggunaan audio visual. Terdapat banyak fakta dan data dalam pembentangan. Malah dengan masa yang terhad, pendengar tiada kesempatan untuk mendengar atau menghayati setiap data atau fakta. Jika boleh ilustrasi dua pancaindera digunakan iaitu, penglihatan dan pendengaran . Memandangkan masa yang diperuntukkan terhad, pembentang tiada peluang untuk membuat pembetulan kepada sesuatu kesilapan seperti dalam penulisan. Untuk membantu mengurangkan percakapan, ilustrasi dengan audio visual digunakan. Audio visual yang biasa digunakan ialah transparensi, slaid dan projektor LCD (Galllo, 2006) .

Perbincangan merupakan satu aktiviti yang boleh memberikan kelebihan kepada pendengar. Semasa membincangkan bahan-bahan akademik pendengar yang terlibat harus bertindak aktif sama ada memberi pendapat, menganalisis pendapat dan menerima pendapat pendengar yang lain. Perbincangan harus berkisar pada masalah pemahaman topik pembentangan. Pemahaman sesuatu subjek kajian atau pembentangan melibatkan saling tindak pelajar- pelajar dengan pembentang. Perbincangan sesama pelajar secara tidak formal sangat digalakkan kerana hasil pembentangan tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan membetulkan tanggapan atau konsep yang salah sebelum menghadiri pembentangan (Edwards dan Westgate, 1987).

4.0. KERANGKA TEORI KAJIAN

Kerangka teori kajian ini adalah berdasarkan model input dan output. Input adalah berdasarkan model Brenda Hayden dan Lou Tillson, ‘Strategies To Improve Students’ Presentation Skills’ (2007) yang telah diubah suai mengikut sorotan literatur mengenai pembentangan pelajar dalam kelas. Model mengatakan bahawa pembentangan yang berkesan amat dipengaruhi oleh empat faktor, iaitu kualiti pembentangan, kesesuaian aras pembentangan, dan masa yang diperuntukkan manakala output pula adalah resepsi atau pemahaman pelajar. (Lihat Rajah 1).
4.1.Tujuan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengesani model Brenda dan Lou (2007) yang dimodifikasi. Kajian ingin melihat sejauh manakah amalan pembentangan yang berkesan dalam kelas dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pembentangan, kesesuaian aras pembentangan, dan masa yang diperuntukkan kepada pembentang oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di SMK Tinggi Bukit Mertajam iaitu sebuah sekolah menengah Tingkatan 6. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk membina satu profil amalan pembentangan pelajar yang berkesan berdasarkan persepsi pelajar-pelajar dari sekolah berkenaan.

Input Proses Output
Pelbagai kaedah pembentangan
Pelbagai alat audio visual
Isi kandungan kemas kini
Aras kebolehan pelajar
Perancangan isi pembentangan
Memberi motivasi
Sistem ganjaran atau dendaan
Engaged time
Time-on-task
Kualiti pembentangan

Kesesuaian aras pembentangan

Resepsi/Pemahaman
Pelajar

Persediaan Bahan

Masa

Rajah 1: Model Input dan Output Pembentangan Pelajar berdasarkan model Brenda dan Lou (2007) (Modifikasi)

4.2.Soalan Kajian
Soalan kajian ini adalah seperti di bawah:
1. Adakah model pembentangan yang berkesan Brenda dan Lou (Modifikasi) telah diamalkan oleh pembentang dalam kelas?
2. Apakah profil amalan pembentangan pelajar yang digunakan di SMK Tinggi Bukit Mertajam?

5.0. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di SMK Tinggi Bukit Mertajam iaitu sebuah sekolah menengah tingkatan enam. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan enam di sekolah yang berkenaan. Seramai 60 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pembentangan mereka di hadapan kelas mengikut model pembentangan berkesan Brenda dan Lou (2007) (Modifikasi). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual dengan para pelajar.

5.1. Instrumen Kajian

Satu set instrumen kajian yang mengandungi 22 item telah dibina oleh penyelidik berdasarkan Model Brenda dan Lou. Terdapat empat subskala bagi mengukur amalan pembentangan yang berkesan berdasarkan model tersebut. Item kualiti pembentangan mengandungi 11 konstruk, item kesesuaian aras pembentangan mengandungi 7 konstruk manakala item masa mengandungi 4 konstruk. Kesemua item dalam instrumen ini diedarkan kepada 60 orang pelajar tingkatan enam. Mereka diminta menandakan pangkah pada ruang “Sangat Selalu”, “Selalu”, “Kadang-Kadang” dan “Tiada Langsung”
5.2.Analisis Data

Bagi menjawab soalan kajian yang pertama, frekuensi dan peratusan (%) telah digunakan. Bagi mendapatkan jawapan soalan kajian kedua pula, satu senarai min (X) telah digunakan bagi membina profil amalan pembentangan pelajar yang berkesan. Kesemua dapatan kajian dianalisis dan dibentangkan dalam bentuk jadual supaya memudahkan pembaca memahaminya.

6.0 DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Pembentangan Berkesan Mengikut Model Brenda dan Lou (Modifikasi)
Responden ialah pelajar Tingkatan Enam sebuah Sekolah Menengah yang pernah membentang dalam kelas (N= 60)

A. Item-item dalam kualiti pembentangan pelajar Tiada Langsung
(%) Kadang-kadang
(%) Selalu
(%) Sangat selalu
(%)
1. Pelajar merancang pembentangan

2. Pelajar menggunakan pelbagai kaedah

3. Pelajar mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lepas

4. Pelajar menggunakan pelbagai audio visual

5. Pelajar mengenal pasti ketepatan isi pelajaran

6. Pelajar memantau kemajuan dan kefahaman rakan

7. Pelajar menyampaikan isi pelajaran secara sistematik, jelas dan mudah difahami

8. Pelajar dapat menarik minat dan menyeronokan rakan untuk terus dengar

9. Pelajar banyak bersoal

10. Kesemua isi pelajaran dalam sukatan pelajaran dipelajari pelajar

11. Pelajar menggalakkan kemahiran berfikir seperti menganalisis dan mencerakin
B. Kesesuaian Aras Pembentangan Tiada Langsung
(%) Kadang-kadang
(%) Selalu
(%) Sangat selalu
(%)
12. Pelajar bentang mengikut aras kebolehan rakan

13. Pelajar mempraktikkan rakan cepat memahami konsep dan menguasai kemahiran

14. Pelajar memastikan rakan mempunyai sikap mahu belajar

15. Pelajar mengumpulkan rakan berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu topik

16. Pelajar memastikan rakan dapat menguasai kemahiran

17. Pelajar memastikan ketepatan dan mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang dipelajari dan penguasaan bahan yang berkaitan

18. Pelajar meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapian rakannya

C.Masa Pembentangan Tiada Langsung
(%) Kadang-kadang
(%) Selalu
(%) Sangat selalu
(%)
19.Pelajar menggunakan masa
sepenuhnya seperti mana
yang diperuntukkan

19. Pelajar menyoal rakannya

20. Pelajar mulakan pembentangan tepat pada waktunya

21. Pelajar tamatkan pembentangan tepat pada waktunya.
Daripada jadual 1 di atas bagi subskala kualiti pembentangan, mengikut persepsi pelajar, sebanyak 52.4% (31) pelajar mengatakan pembentang selalu merancang pembentangan terlebih dahulu, dan 32.7% (20) pelajar mengatakan pembentang kadang-kadang merancang pembentangan terlebih dahulu. Bagi penggunaan audio visual pula, sebanyak 61.5% (37) pelajar mengatakan pembentang kadang-kadang menggunakan pelbagai audio visual dan hanya 25.0% (15) pelajar, mengatakan rakannya selalu menggunakan audio visual. Bagi ketepatan isi pelajaran pula, sebanyak 56.3% (34) pelajar mengatakan pembentang selalu memastikan ketepatan isi pelajaran dan hanya 21.6% (13) pelajar yang mengatakan pembentang kadang-kadang memastikan ketepatan isi pelajarannya. Bagi mempelbagaikan kemahiran berfikir, didapati sebanyak 41.8% (25) pelajar mengatakan pembentang kadang-kadang menggunakan pelbagai kemahiran berfikir dan hanya 38.5% (23) pelajar yang mengatakan pembentang selalu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir.
Bagi subskala kesesuaian aras pembentangan, sebanyak 44.7% (27) pelajar mengatakan pembentang selalu membentang mengikut aras kebolehan pelajar, dan hanya 42.3% (25) pelajar mengatakan pembentang kadang-kadang membentang mengikut aras kebolehan pelajar.
Manakala bagi subskala masa pembentangan, sebanyak 44.7% (25) pelajar mengatakan pembentang menggunakan masa sepenuhnya untuk membentang dan hanya 28.8% (17) pelajar yang mengatakan pembentang kadang-kadang menggunakan masa sepenuhnya untuk membentang.

6.1.Profil Amalan Pembentangan Pelajar yang berkesan Mengikut Persepsi Pelajar
Profil amalan pembentangan pelajar berkesan mengikut persepsi pelajar dibina berdasarkan senarai min (X) dan disusun mengikut subskala seperti berikut:
6.1.1.Kualiti Pembentangan
Dalam amalan pembentangan pelajar mengikut persepsi pelajar, pembentang perlu merancang pembentangan terlebih dahulu sebelum membentang. Ini termasuklah menyediakan buku catatan, audio visual dan mempastikan isi pelajaran tepat. Apabila membentang, pembentang akan mengaitkan isi-isi pelajaran yang baharu dengan pengetahuan yang sedia ada dan dengan pengalaman pelajar yang lepas. Selain itu, pembentang akan menyampaikan isi-isi pelajaran secara sistematik, tersusun dan jelas serta mudah difahami oleh pelajar. Pembentang juga akan memastikan ketepatan dan mengemaskini isi-isi kandungan mata pelajaran yang dipelajari. Pembentang yang berkesan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan mempelbagaikan bahan media atau alat bantu ketika membentang. Setiap kali selesai membentang, pembentang yang berkesan akan memantau kemajuan dan kefahaman rakan-rakan mereka dengan pelbagai cara sama ada penyoalan atau kuiz bertulis.

6.1.2.Kesesuaian Aras Pembentangan
Mengikut persepsi pelajar, pembentang yang berkesan apabila membentang akan memastikan pelajarnya mempunyai sikap dan kemahiran untuk belajar. Selain itu, pembentang juga akan membentang mengikut aras kebolehan dan keupayaan pelajar serta memastikan kesemua isi pelajaran dalam sukatan pelajaran atau rancangan pelajaran difahami oleh rakan-rakannya. Pembentang berkesan mengumpulkan pelajar berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.
6.1.3.Masa
Akhir sekali pembentang yang berkesan akan membentang dengan menggunakan sepenuh masanya seperti mana yang diperuntukkan untuk membentang, memberi masa yang mencukupi untuk rakan menjawab soalan dan memberi pelbagai jenis tugasan kepada pelajar. Begitu juga pembentang akan masuk dan keluar sesi pembentangan mengikut tepat pada waktunya.

7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dapatan di atas menunjukkan, beberapa orang pembentang di sekolah menengah kajian ini merancang pembentangan terlebih dahulu sebelum membentang. Pembentang menyediakan dan menyiapkan buku catatan dan membuat rujukan bagi memastikan isi-isi pembentangan tepat dan kemas kini. Mereka juga mempelbagaikan audio visual dan menyediakan aktiviti atau latihan pada penghujung pembentangan. Semasa membentang pula, pembentang-pembentang akan menyusun isi-isi pelajaran secara sistematik supaya jelas dan mudah difahami. Mereka menggunakan bahasa yang mudah. Selain itu, dapatan ini menunjukkan pembentang di sekolah yang dikaji mempelbagaikan kaedah pembentangan seperti menggunakan ekspresi muka dan nada suara yang berlainan supaya pembentangan itu menyeronokkan, dan dapat menarik minat pelajar untuk terus mendengar pembentangan mereka. Untuk memastikan pelajar mudah memahami sesuatu konsep atau kemahiran, pembentang-pembentang mengaitkan isi pelajaran yang baharu dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lepas.
Pembentang juga apabila membentang mengikut aras kebolehan pelajar, menggunakan masa pembentangan dengan sepenuhnya, masuk dan keluar sesi pembentangan tepat pada waktunya dan juga memberikan masa secukupnya kepada pelajar untuk menjawab soalan. Pembentang yang berkesan juga memberikan motivasi dan galakan kepada pelajar supaya mendengar pembentangan mereka dan bertanya jika ada soalan demi kecemerlangan akademik pelajar tersebut. Untuk memastikan pelajar-pelajar ini dapat menguasai sesuatu konsep atau kemahiran, pelajar dikumpulkan mengikut kebolehan. Hal ini sama dengan Model Brenda dan Lou (2007) Akhir sekali, pembentang yang berkesan akan selalu mengukur pemahaman atau resepsi pelajar melalui pelbagai bentuk penyoalan dan kuiz pada setiap akhir sesuatu pembentangan. Oleh itu, pembentangan yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada kebolehan pembentang membentang dengan baik, tetapi mereka juga harus memiliki elemen-elemen pembentangan yang dianjurkan dalam kajian ini.
Cadangan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Amalan Pembentangan Pelajar Supaya Resepsi atau Pemahaman Pelajar Meningkat

1. Pembentang mesti merancang pembentangan terlebih dahulu, mempelbagaikan kaedah pembentangan, menggunakan audio visual dan mengaitkan isi pembentangan dengan pengalaman pelajar.

2. Pembentang perlu memastikan ketepatan isi pelajaran, dan menyampaikan isi pelajaran secara sistematik, jelas, dan mudah difahami.

3. Pembentangan pelajar mesti menarik minat dan menyeronokkan pelajar lain supaya mereka akan terus mendengar.

4. Pembentang sentiasa menggunakan pelbagai kemahiran berfikir seperti menganalisis, mensintesis, dan mencerakinkan idea sehingga pelajar memahami isi pembentangan.

5. Pembentang perlu banyak menyoal dan memberi latihan bertulis kepada pelajar.

6. Pembentang perlu membentang mengikut aras kebolehan pelajar.

7. Pembentang perlu meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar dan memberi semangat kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh.

8. Pembentang perlu memastikan ketepatan fakta dan mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang hendak dibentang dan penguasaan bahan yang berkaitan.

8.0 KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan model amalan pembentangan berkesan Model Brenda dan Lou (2007) telah digunakan oleh kebanyakan pembentang yang dikaji di SMK Tinggi Bukit Mertajam sebuah sekolah menengah tingkatan enam. Kajian ini telah mendedahkan elemen-elemen penting dalam pembentangan. Kajian juga telah menyelongkar hubungan elemen-elemen ini dengan gaya pembelajaran pelajar di bilik darjah. Kajian ini tentu membantu guru dan pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam untuk meningkatkan mutu pembentangan dalam bilik darjah. Akhir sekali kajian ini telah memberi pendedahan dan bimbingan mengenai cara-cara pembentangan yang betul.

9.0 RUJUKAN

Brenda Hayden Sheets dan Lou Jillson (2007). “Strategies To Improve Students’ Presentation Skills” dalam http://www.westga.edu/bquest/2007
Edwards dan Westgate(1987) “ Investigating Classroom Talk”. The Falmer Press: London
Gallo, C (2006) “The 10 Worst Presentation Habits” dalam 06/02/mistakes/index.html
Gilda, Haber (1997) “Benefit Of Student Verbal Presentation to The Class” dalam http://www.etni.org/etnirag/issue9/gilda_haber.htm
Ismail Ahmad (1995) “Komunikasi Saintifik”. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Nik Safiah Karim (1993) “Beberapa Aspek Laras Ilmiah” Pelita Bahasa, Mei 1993 hlm 27-29. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Parvis, L.F (2007) “The Importance Of Communication and Public Speaking Skills” dalam http://images.bussinessweek.com

INPUT KEPIMPINAN GURU CEMERLANG TERHADAP KEBERKESANAN SEKOLAH

 
ABSTRAK
Guru-guru cemerlang (GC) sering dilihat sebagai pakar dalam sesuatu mata pelajaran dan sumbangan mereka hanya diukur dari segi output pelajar. Jarang sekali terdapat kajian mengenai kepimpinan guru cemerlang. Mengikut terma dan rujukan Guru Cemerlang, mereka bukan sahaja hebat di bilik darjah malah mereka juga perlu memberi sumbangan sebagai pemimpin di sekolah untuk membantu sekolah merangka dan melaksanakan program-program pembangunan sekolah. Guru-guru cemerlang juga mewakili sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk membuat keputusan-keputusan tertentu. Mereka juga merangsang perkembangan profesionalisme rakan-rakan guru. Mereka juga menjadi penasihat kepada tugas-tugas guru dan membantu memperkukuh proses membuat keputusan di sekolah. Kajian yang dijalankan ini dapat menjawab beberapa persoalan kajian iaitu a) apakah itu kepimpinan guru cemerlang? b) sejauh manakah kepimpinan ini menyumbang kepada keberkesanan sekolah? dan c) bagaimanakah kepimpinan guru cemerlang ini dapat dibentuk?. Kajian ini adalah berasaskan Model Kenneth Leatherwood. Beberapa input kepimpinan guru cemerlang telah dikenal pasti oleh penyelidik seperti Ciri-Ciri Tersendiri GC, Keupayaan GC, Amalan-Amalan GC dan Penghasilan GC. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keempat-empat input ini dapat memberikan sumbangan terhadap keberkesanan sekolah. Keempat-empat input tersebut akan dibahagikan kepada beberapa dimensi yang kecil. Setiap dimensi akan diubah suai sebagai item soalan dalam satu set instrumen kajian. Instrumen ini akan diedarkan kepada seramai 200 orang GC di seluruh negeri Pulau Pinang. Kesemua jawapan daripada responden akan dianalisis mengikut peratusan, kekerapan dan min. Bagaimana pun, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kepimpinan GC adalah satu konsep yang baru dan amat berguna terhadap pembangunan dan keberkesanan sesebuah sekolah.

PENGAJARAN PENULISAN BERKESAN : INPUT PENYEMAKAN DAN TEGURAN GURU TERHADAP PENULISAN ESEI PELAJAR

ABSTRAK

Kertas kerja ini mengkaji input penyemakan dan teguran guru terhadap penulisan esei pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Seramai 54 orang pelajar telah dipilih dan diminta menulis esei jenis fakta. Tajuk esei telah meliputi laras sains dan laras sastera. Sebanyak 54 esei telah dihasilkan oleh pelajar. Kesemua esei tersebut telah menerima input penyemakan dan teguran guru-guru. Guru-guru telah disediakan satu prosedur penyemakan yang diubahsuai oleh penyelidik daripada Model Penulisan Grabe (1996), Penny (1996), Lee (2005) dan Roger (2001). Sebanyak 11 elemen kesalahan bahasa, organisasi dan mekanis penulisan telah dibina untuk membantu guru-guru menyemak esei jenis fakta Pengajian Am. Untuk tujuan kajian ini soalan Pengajian Am STPM tahun 2004 dan 2006 telah dipilih. Penyelidik telah membuat dua pemantauan ketika pengajaran penulisan berlangsung. Semasa pra pemantauan, pelajar-pelajar didapati amat lemah dalam penggunaan bahasa, organisasi karangan dan mekanisme. Setelah input penyemakan dan teguran dibuat maka terdapat perubahan dalam penulisan esei pelajar. Guru-guru menyemak hasil tulisan pelajar secara tidak langsung sebanyak dua kali. Guru-guru hanya menandakan, membulatkan dan menggariskan lokasi-lokasi kesalahan dalam esei. Pelajar-pelajar berinisiatif sendiri mencari kelemahan mereka dan menulis semula karangan tersebut. Proses ini berlaku sebanyak dua kali pada dua hari yang berbeza. Prosedur atau kaedah ini membolehkan pelajar belajar sendiri dan bersikap bangga kerana hasil tulisan mereka ditegur secara positif oleh guru. Pada akhir kajian ini, pelajar telah mengetahui gaya penulisan esei fakta yang betul dan dapat memahami ciri-ciri sebuah esei jenis fakta. Dapatan menunjukkan bahawa penyemakan dan teguran yang membina pasti membantu pelajar untuk menghasilkan penulisan esei yang mantap dan sempurna.

Keywords : Teaching Writing, Essay Assesment, Characteristics of Composition, Teachers’
Marking Procedure
1.0 Pengenalan
Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar tanpa mengira jurusan pengajian. Pencapaian dalam mata pelajaran ini merupakan satu prasyarat untuk memasuki IPTA. Namun begitu kebanyakan pelajar tingkatan enam tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana mereka gagal memperoleh skor yang tinggi dalam Pengajian Am. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar masih lemah dalam menguasai pelbagai disiplin seperti sains sosial, kemanusiaan, sains tulen,sains gunaan dan perubatan dan kesihatan. Sukatan pelajaran Pengajian Am dengan jelas menggariskan bahawa pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daipada semua bidang yang dipelajari. Pengetahuan mereka tidak tertumpu pada tajuk yang dibincangkan dalam bilik darjah tetapi merangkumi pelbagai masalah dan isu yang bersifat global.
Mengikut laporan prestasi Majlis Peperiksaan Malaysia, peratusan calon yang lulus Pengajian Am pada tahun 2006 adalah 78.58% bagi kertas 1 dan 73.85% bagi kertas 2. Pada tahun 2007, 77.74% bagi kertas 1 dan 74.98% bagi kertas 2. Bagi tahun 2008, 75.54% bagi kertas 1 dan 73.55% bagi kertas 2.(Laporan Prestasi MPM, 2006, 2007 dan 2008) Data jelas menunjukkan prestasi keseluruhan calon Pengajian Am, semakin merosot. Kertas kerja ini akan mengupas prestasi pelajar dalam kertas 2. Markah yang paling banyak diperuntukkan adalah bagi Bahagian A Karangan Laras Sastera sebanyak 25% dan Bahagian B Karangan Laras Sains sebanyak 25%. Jadi jika calon lemah dalam penulisan ini akan membawa impak kepada pencapaian keseluruhan calon dalam Pengajian Am.
Antara objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina kemahiran mengeluarkan fikiran yang logik, teratur dan berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Objektif ini dapat direalisasikan oleh pelajar dalam bahagian-bahagian karangan. Pada keseluruhannya mutu jawapan calon dalam bahagian karangan adalah sederhana. Kebanyakan calon tidak berupaya mengemukakan empat idea yang relevan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kebanyakan calon hanya mampu mengemukakan dua atau tiga idea sahaja. Di samping itu huraian idea calon agak longgar dan kurang jelas. Malah dalam bahagian karangan laras sains, calon gagal mengemukakan idea sains. Idea yang dikemukakan adalah lebih berdasarkan pengalaman mereka sendiri atau keadaan semasa tanpa menjawab kehendak soalan (Laporan Prestasi MPM, 2006, 2007 dan 2008).
2.0 Latar belakang Kajian
Kajian ini dilakukan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar khususnya pelajaran tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pelajar-pelajar menghadapi banyak masalah dalam penulisan esei laras sains dan laras sastera dalam bilik darjah. Antara masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut.

2.1 Tidak memahami kehendak soalan karangan
Kertas kerja ini ingin menyelongkar apakah punca-punca pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang melakukan beberapa kesilapan sehingga mereka gagal memperoleh markah yang tinggi dalam karangan. Pelajar gagal mengemukakan idea berdasarkan kehendak soalan dan jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam penulisan karangan. Antaranya pelajar gagal memahami kehendak soalan. Hal ini demikian kerana pelajar tidak memahami konsep-konsep yang terdapat dalam soalan karangan. Sebagai contohnya pelajar tidak memahami maksud ‘rasional” dalam soalan. Pelajar diminta membincangkan ‘rasional’ kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Akan tetapi kebanyakan pelajar menganggap rasional sebagai matlamat atau objektif. Sebenarnya pelajar telah mempelajari matlamat PLKN dalam kertas 1 iaitu di bawah tajuk Dasar-Dasar Kerajaan. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pelajar tidak mengambil inisiatif untuk memikirkan maksud ‘rasional’ tersebut. Begitu juga dengan soalan yang memerlukan pelajar membuat ulasan tentang keperluan Malaysia menumpukan perhatian untuk meningkatkan sektor perindustrian tanpa meminggirkan pertanian. Kebanyakan pelajar menjawab satu aspek iaitu perindustrian sahaja tanpa membincangkan sektor pertanian. Hal ini menyebabkan pelajar kehilangan banyak markah.
2.2 Tidak dapat membezakan idea sains dengan idea sastera
Pelajar-pelajar juga sering melakukan kesilapan dari segi pemilihan kata-kata khusus. Dalam bahagian B, Karangan Laras Sains, pelajar perlu mengemukakan idea yang berunsur sains. Penguasaan kosa kata yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat membezakan istilah sains dengan istilah sastera. Bagi soalan yang berkehendakan idea sains seperti alam sekitar yang kotor membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia, pelajar menulis bahawa manusia akan kehilangan mata pencarian kerana mereka tidak dapat keluar untuk mencari rezeki dan sebagainya. Soalan ini sebenarnya memerlukan pelajar menulis idea seperti manusia terdedah kepada pelbagai penyakit, manusia akan kekurangan sumber makanan yang bersih dan sebagainya. Kesilapan lazim yang didapati ialah pelajar sering menggunakan idea ‘penguatkuasaan undang-undang’dan‘kempen kesedaran’ untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat .Antara punca kelemahan ini ialah pelajar-pelajar kurang membaca rencana atau makalah tentang sains, alam sekitar, kesihatan dan sebagainya. Justeru pelajar juga kurang berminat membaca dan malas berfikir.
2.3 Tidak dapat membezakan idea dengan huraian
Keadaan ini sering berlaku apabila pelajar-pelajar memasukkan idea dalam bentuk huraian. Adakalanya pelajar menghuraikan sesuatu pendapat secara umum dan dalam huraian umum tersebut terselitnya pula idea yang sepatutnya dikehendaki oleh soalan. Apabila ditegur pelajar menjawab bahawa mereka menyangka huraian tersebut boleh diterima sebagai idea. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak dapat membezakan antara gagasan pusat dengan huraian. Gagasan pusat ialah tema yang mengandungi sesuatu permasalahan yang ditugaskan kepada pelajar untuk menulis. Pelajar menulis begini,”salah satu sebab berlakunya jenayah di negara kita ialah orang yang tidak bekerja ingin mencari makan. Untuk mendapatkan makanan, pakaian dan perlindungan mereka terpaks mencuri di taman-taman perumahan. Mereka mencuri barang-barang yang sempat dicuri di rumah orang untuk mengalas perut. malah ada yang tidur di koriodor rumah orang.” Dalam contoh huraian ini, pelajar tidak menulis idea secara jelas. Sebenarnya pelajar ingin menulis idea begini,”jenayah dilakukan untuk menampung keperluan hidup”. Jadi situasi ini jelas menunjukkan pelajar tidak dapat membezakan atau memisahkan idea daripada huraian.
2.4 Tidak menggunakan olahan atau pemerengganan yang betul
Memang menjadi amalan pelajar iaitu pelajar tidak menggunakan bilangan baris yang seimbang bagi keempat-empat idea yang dikemukakan. Pelajar lebih bias pada idea yang diminati dan disenanginya sahaja. Jika pelajar mempunyai pembacaan yang banyak tentang sesuatu idea, maka pelajar menulis huraian yang panjang. Jika idea tersebut sukar difahami maka pelajar menulis huraian yang agak pendek. Hal ini menunjukkan pembacaan mereka terbatas kepada bahan-bahan yang menjadi tarikan mereka sahaja. Dalam peperiksaan keadaan seumpama ini menyebabkan pelajar kehilangan markah ‘impak’.Dalam tajuk karangan ini, “kelebihan negara-negara membangun mewujudkan proses urbanisasi”, rata-rata pelajar mengemukakan dua idea iaitu, ‘proses urbanisasi dapat menjamin pekerjaan’ dan ‘meningkatkan taraf hidup rakyat’. Bagi idea yang pertama, pelajar telah menghuraikan banyak aspek seperti sektor perkilangan, perkhidmatan, pusat pentadbiran dan pusat beli-belah kerana kesemua kemudahan ini memerlukan banyak guna tenaga. Manakala bagi idea yang kedua pula, pelajar tidak dapat menghuiraikan lebih lanjut. Mereka menulis, “ taraf hidup rakyat meningkat kerana mereka sudah mempunyai peluang pekerjaan”. satu lagi kelemahan yang tertera di sini ialah pelajar mengulangi fakta yang disebut dalam idea pertama.
2.5 Tidak menggunakan bahasa yang gramatis
Mengikut pengalaman penyelidik, pelajar-pelajar yang memperoleh gred C dan ke bawah dalam bahasa Melayu di peringkat SPM, tidak menggunakan bahasa yang gramatis dalam penulisan. Mereka sering terpengaruh oleh bahasa ibunda dan bahasa basahan serta bahasa pasar. Antara kesilapan yang kerap dilihat ialah struktur ayat yang meleret panjang tanpa tanda bacaan yang betul, menggunaklan ejaan yang salah dan penggunaan diksi yang tidak betul. Pelajar menulis begini,” …adalah menjadi satunya sebab mengapa Malaysia boleh dikatakan negara maju kerana alam semuladinya belum dibuka habi-habis”. Contoh ini mempamerkan kedangkalan pengetahuan pelajar dalam penggunaan kata, istilah, tanda baca dan struktur ayat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang salah boleh menjejaskan pengungkapan makna. Penyelidik tidak memahami dengan tepat apakah yang ingin disampaikan oleh pelajar ini. Ayat ini sepatutnya, “… Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang maju jika sumber-sumber alam dapat diterokai sepenuhnya…” Satu lagi kesilapan yang menjadi trend sekarang ialah pelajar hanya menulis sebaris ayat sahaja untuk pendahuluan dan penutup. Pelajar harus ingat bahawa karangan ialah satu set wacana. Wacana ialah satu unsur bahasa melebihi satu ayat. Jika pelajar menulis sebaris ayat sahaja, maka pelajar gagal menulis wacana yang betul. Dalam hal ini markah bahasa pelajar berkenaan akan dipotong.
3.0 Objektif Kajian
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji
1. gaya penulisan esei jenis fakta yang ditulis oleh pelajar
2. strategi-strategi guru Pengajian Am menyelesaikan masalah penulisan pelajar
3. gaya penyemakan esei jenis fakta oleh guru-guru Pengajian Am
4.0 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif tersebut soalan berikut telah dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:
1.Sejauh manakah penyemakan esei-esei Pengajian Am jenis fakta dapat membantu meningkatkan kualiti esei pelajar- pelajar tingkatan enam atas?
2.Apakah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru-guru Pengajian Am untuk menyelesaikan masalah penulisan pelajar?
3.Apakah gaya penyemakan yang digunakan oleh guru-guru Pengajian Am apabila menilai esei pelajar?
5.0 Sorotan Literatur
5.1 Pengajaran Penulisan
Penulisan merupakan satu kemahiran yang penting dalam pemerolehan bahasa. Penulisan bukan sahaja membantu pelajar dalam akademik tetapi juga membantu mereka untuk mencari pekerjaan dalam pasaran kerja nanti. Penulisan merupakan satu cabaran kepada guru dan pelajar kerana masing-measing perlu mempelajari teknik-teknik penulisan yang lebih baik. Semua guru bersetuju bahawa penulisan adalah sama penting seperti pembacaan, lisan dan pendengaran. Bagaimanapun penulisan masih dianggap sebagai satu kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai oleh guru dan pelajar.Apabila guru mengajar penulisan esei dalam kelas, mereka bukan sahaja mengajar pelajar menjana idea untuk menulis tetapi juga mengajar mereka menggunakan bahasa yang betul untuk mengungkapkan makna.
Lee (2005) berpendapat bahawa keberkesanan penulisan tidak sekadar mengajar teori-teori penulisan dalam bilik darjah malah guru perlu menggalakkan pelajar membuat penilaian kendiri. Penilaian kendiri ini menyebabkan pelajar-pelajar dapat mengetahui ciri-ciri penulisan pelbagai genre dalam bilik darjah. Dalam penilaian penulisan, guru dikehendaki menegur setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar sama ada secara mekanis, organisasi atau bahasa. Untuk menegur kesilapan pelajar ini, guru boleh menggunakan satu sistem penyemakan yang mempunyai ciri-ciri penulisan yang baik.
5.2 Penyemakan
Salah satu cara untuk menghasilkan penulisan esei yang bermutu ialah guru perlu menyemak hasil tulisan pelajar dan memberi komen secara konstruktif. Pada penghujung penyemakan, guru perlu menjelaskan kepentingan komennya, kekuatan dan kelemahan penulisan pelajar. Penyemakan merupakan satu penilaian untuk memberi informasi tentang gaya penyampaian pelajar (Penny, 1996). Dalam konteks pengajaran, penyemakan merupakan informasi yang diberi kepada pelajar mengenai tugas pembelajarannya. Keadaan ini dapat membantu pelajar mengukuhkan gaya penyampaiannya. Penyemakan dan teguran oleh guru bukan untuk melemahkan semangat pelajar untuk menghasilkan penulisan. Pelajar akan memberi respons yang positif jika kesalahan mereka ditunjukkan dan dibetulkan. Cara ini dapat membantu pelajar mempelajari cara penulisan dengan lebih efektif (Roger, 2001).
Daripada kedua-dua definisi tadi ternyata bahawa penyemakan dan teguran guru adalah amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu pelajar juga mempelajari bagaimana dapat menilai diri mereka dan membantu diri mereka memupuk keyakinan dalam pembelajaran dan setrusnya meningkatkan penyampaian mereka. Penyemakan dan teguran yang positif ini menggalakkan pelajar terus berkarya (Grabe dan Kaplan, 1996). Jadi dalam proses penulisan ini, guru sentiasa mendorong pelajar menulis esei-esei sehingga mereka benar-benar mahir.
Penyemakan guru merupakan tunjang dalam penulisan esei. Penyemakan dalam kajian ini dibataskan kepada penyemakan secara tidak langsung, iaitu guru memberi komen umum dan pelajar mengesan sendiri kesilapan mereka. Guru hanya menunjukkan lokasi-lokasi kesalahan dalam penulisan dengan menggaris, mewarna, membulat dan sebagainya tanpa memberitahu kesalahan mereka secara terang-terangan. Penyemakan tidak langsung ini membolehkan pelajar menulis semula esei dan dihantar kepada guru untuk dinilai semula.
5.3 Penyemakan Secara Tidak Langsung
Pelajar-pelajar tidak boleh menulis esei tanpa bimbingan guru. Penulisan ini bukan satu langkah tunggal tetapi merupakan satu proses. Dalam proses ini pelajar memerlukan bimbingan, sokongan dan nasihat guru daripada draf pertama hinggalah ke draf terakhir agar penulisan mereka menjadi lebih sempurna dan mantap. Oleh itu pelajar memerlukan seseorang untuk menyemak kesilapan yang dilakukan. Impresion dank omen yang diberikan oleh guru adalah lebih baik berbanding rakan sebaya pelajar kerana teguran yang dibuat oleh guru lebih menyeluruh dan meyakinkan pelajar untuk menulis draf-draf seterusnya (Ferris, 2002) Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membetulkan sendiri kesalahan gramatis dan fakta dalam penulisan. Penyemakan dan teguran guru tidak boleh dianggap sebagai langkah terakhir untuk pelajar menulis dan menghantar penulisan. Penyemakan dan teguran ini hanya untuk draf-draf berkenaan sahaja. Penyemakan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memurnikan hasil penulisan mereka. Penulisan draf terakhir bergantung kepada guru jika guru berpuas hati dengan penulisan pelajar tersebut. Penulisan semula setelah dibuat pembetulan, akan mendorong pelajar untuk mengubah sikap terhadap penulisan. Malah kaedah ini juga membantu pelajar untuk mengemukakan idea dalam penulisannya dengan lebih jelas. (Chandler, 2003)
5.4 Ciri-Ciri Esei Jenis Fakta
5.4.1. Kejelasan dan Keterbacaan
Penulisan esei yang jelas ialah penulisan yang tidak samar atau kabur dari segi makna. Idea dan fakta yang disampaikan oleh pelajar adalah secara langsung,tersurat dan tidak mempunyai sebarang makna yang tersirat. Esei mempunyai aliran fikiran yang teratur dan logik. Dalam konteks ini pelajar menggunakan ayat-ayat yang pendek dan berasingan untuk setiap idea. Justeru teks tersebut harus mempunyai hubungan timbale balik antara ayat sebelumnya dan selepasnya (Penny, 1996)
5.4.2 Koheren
Koheren mempunyai tiga ciri iaitu keselanjaran, kepautan dan kesatuan. Keselanjaran ialah pelajar menerangkan keteraturan ungkapan idea dari mula hingga akhir bagi menyampaikan maksudnya. Kepautan ialah hubungan kebahasaan antara idea penulisan sama ada antara satu ayat dengan ayat lain dalam satu perenggan, atau perenggan dengan perenggan yang lain. Untuk mewujudkan kepautan dalam teks, pelajar boleh menggunakan penanda wacana seperti namun, maka, sungguhpun, bagaimanapun dan sebagainya (Ismail Ahmad, 1996). Kesatuan merujuk kepada perkaitan fakta-fakta yang digunakan untuk menyokong idea yang disampaikan mengikut topik esei.
5.4.3 Mudah dan Langsung
Gaya penulisan yang tidak berbunga-bunga dan pelajar terus kepada maklumat yang disampaikan. Ayat yang mudah ialah ayat yang mempunyai satu idea dalam sesuatu ayat. Ayat ini mempunyai satu subjek dan satu predikat. Bilangan perkataan yang digunakan hendaklah minimum tanpa mendatangkan kekeliruan atau keciciran maksud. Dalam konteks ini tiada perkataan yang tidak diperlukan. Pendek kata ayat tersebut tidak janggal dan harus mendukung makna (Gorys Keraf, 1984).

5.4.4 Variasi
Esei Pengajian Am terdiri daripada dua laras iaitu laras sains dan laras sastera. Pelajar harus bijak menggunakan variasi dalam ayat dan kosa kata. Jika tidak penulisannya akan menjadi monotomus. Variasi ini menghilangkan kebosanan pembaca. Pelajar boleh membina ayat ringkas dan ayat kompleks secara berselang-seli (Ismail Ahmad, 1996). Variasi kosa kata untuk membezakan laras juga boleh digunakan seperti istilah-istilah khusus penyakit, sains, teknologi dan sebagainya dalam laras sains dan istilah-istilah umum dalam esei laras sastera.
5.5 Penilaian Teknik Penulisan Pelajar
Dalam penilaian penulisan, lima komponen kualiti penulisan yang dianjurkan oleh Jacob (1981) telah digunakan oleh guru-guru. Lima komponen tersebut ialah kandungan, organisasi, kosa kata, bahasa yang gramatis dan mekanis. Kandungan bermaksud, pelajar harus mempunyai pengetahuan mengenai topik yang ditulis, pembinaan tesis dan kerelevanan idea dengan topik. Organisasi penulisan bermaksud pelajar menyampaikan idea dengan lancar, jelas dan disokong dengan bukti-bukti yang nyata. Penulisan pelajar hendklah berpusat (terarah), mempunyai binaan yang mantap, mempunyai urutan logik dan mempunyai kesatuan. Kosa kata terdiri daripada pemilihan diksi, pemilihan kata-kata yang bertenaga, penggunaan ungkapan yang segar, kepelbagaian kata dan menggunakan laras yang betul mengikut topik karangan. Penggunaan bahasa gramatis bermaksud, pelajar menggunakan jalinan ayat berdasarkan idea dan menyususn kata-kata mengikut nahu yang betul. Manakala mekanis merujuk kepada penggunaan tanda-tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, tanda seru, tanda ikat kata dan sebagainya (Jacob, 1981)
6.0 Kaedah Kajian
Pendekatan yang telah digunakan dalam kajian ini ialah kualitatif. Nota lapangan juga digunakan. Nota ini telah digunakan untuk mencatatkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kekuatan dan kelemahan pengajaran penulisan. Prestasi pelajar dalam bilik darjah juga telah direkodkan dan kemudian dibandingkan dengan hasil tulisan pelajar. Penyelidik juga telah merekodkan bagaimana guru tersebut menyelesaikan masalah penulisan pelajar. Di samping itu, penyelidik juga telah menyediakan borang pemantauan. Borang ini telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar penulisan. Guru-guru perlu menandakan ya atau tidak dalam ruangan aktiviti guru dan aktiviti pelajar. Borang ini telah diedarkan sebanyak dua kali. Setiap kali guru masuk ke kelas, guru tersebut membuat penyemakan dan teguran secara tidak langsung.
6.1. Instrumen Kajian
Instrumen dalam kajian ini ialah sebanyak 54 esei yang ditulis oleh seramai 54 orang pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kesemua instrumen ini telah disemak dan ditegur oleh guru-guru yang mengajar penulisan Pengajian Am sebanyak dua kali. Penyelidik memantau instrumen yakni esei pelajar sebelum dan selepas penyemakan dan teguran guru. Empat tajuk instrumen telah ditetapkan. Kesemua instrumen ini adalah soalan perbincangan fakta STPM tahun 2004 dan 2006. Instrumen tersebut adalah seperti berikut:
1. Rasional kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2. Keperluan Malaysia menumpukan perhatian untuk meningkatkan sektor perindustrian tanpa meminggirkan pertanian.
3. Alam sekitar yang kotor membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia.
4. Kelebihan negara-negara membangun mewujudkan proses urbanisasi.
6.2 Perincian Penyemakan dan Teguran
Penyemakan dan teguran dibuat berdasarkan satu panduan yang telah disediakan oleh penyelidik. Panduan tersebut terdiri daripada 11 elemen pembetulan. Guru hanya menandakan kod-kod tertentu dalam esei pelajar. Kod tersebut ialah PK- kesalahan pemilihan kata, KS-kesalahan penggunaan kata sendi, KW-kesalahan penggunaan keterangan waktu, PL-pertentangan logik, KE-kesalahan sistem ejaan. IM-kesalahan penggunaan imbuhan, OL-kesalahan agihan perenggan mengikut idea atau huraian, ^ -perkataan tercicir, ?-makna idea atau huraian samar atau kabur, BAIK-jika esei tersebut baik dari segi perkataan, idea, huraian dan sebagainya dan SP-susunan perkataan jika urutan ayat salah.
6.3 Prosedur Penyemakan dan Teguran Guru Terhadap Penulisan Esei Pelajar
Prosedur yang telah digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.Guru menerangkan karangan jenis fakta secara umum dan menjelaskan kod-kod yang
digunakan oleh guru semasa menyemak esei pelajar.
2.Pelajar memikirkan kehendak soalan dan merangka karangan
3.Pelajar menulis draf yang pertama
4.Guru memberi respons terhadap draf pertama dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek penulisan dan tumpuan khusus telah diberikan pada penggunaan bahasa dan
organisasi esei. Kemudian guru mengembalikan esei kepada pelajar.
5.Pelajar memberi perhatian pada kod dan komen yang diberi oleh guru dan menulis semula esei buat kali kedua.
6.Sekarang draf pertama dan kedua telah dihantar kepada guru.
7.Guru menyemak dan memberi respons terhadap draf kedua serta memastikan pelajar dapat menulis esei dengan baik kali ini.
8.Setelah guru memulangkan draf kedua, pelajar dikehendaki menulis semula esei mereka dengan melakukan pembetulan.
9.Guru memberikan gred dan memuji pelajar kerana telah menyiapkan draf terakhir.

7.0 Skop Kajian
Secara khususnya kajian ini menyelidik sama ada kebolehen penulisan pelajar meningkat atau tidak setelah penulisan tersebut menerima penyemakan dan teguran guru. Penyemakan dan teguran yang diberikan adalah secara tidak langsung. Semua esei pelajar telah dinailai berdasarkan dua aspek penilaian penulisan iaitu bahasa yang digunakan oleh pelajar dan organisasi karangan. Aspek lain yang dikaji ialah penulisan esei jenis fakta iaitu esei laras sains dan sastera. Hanya dua aspek ini sahaja diberikan perhatian kerana berdasarkan pra pemantauan, penyelidik telah mendapati hamper semua pelajar mempunyai masalah dalam aspek penulisan dan pelajar boleh mengukuhkan keupayaan menulis jika guru membantu dengan memberikan penyemakan dan teguran yang membina. Responden dalam kajian ini ialah seramai 54 orang pelajar dari tiga buah kelas tingkatan enam atas. Instrumen yang digunakan ialah 27 buah esei laras sains dan 27 buah esei laras sastera.
8.0 Dapatan Kajian
Berdasarkan pemantauan penyelidik, sebelum penyemakan dan teguran terdapat banyak kesalahan penulisan esei dilakukan oleh pelajar khususnya dalam penggunana bahasa dan organisasi esei. Masalah pelajar dalam penulisan esei telah dihuraikan dalam bahagian latar belakang kajian. Tajuk karangan yang sama telah diberi kepada pelajar dalam kajian ini supaya penyelidik dapat memastikan prosedur penyemakan dan teguran yang dianjurkan oleh penyelidik dapat membantu pelajar meningkatkan kualiti penulisan. Empat tajuk esei yang dinilai ialah:
1. Rasional kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2. Keperluan Malaysia menumpukan perhatian untuk meningkatkan sektor perindustrian tanpa meminggirkan pertanian.
3. Alam sekitar yang kotor membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia.
4. Kelebihan negara-negara membangun mewujudkan proses urbanisasi.
Berikut ialah hasil penulisan yang telah melalui penyemakan dan teguran sebanyak dua kali yakni setelah menyiapkan dua draf. Penyelidik dapat mengkaji esei yang telah dimurnikan oleh pelajar. Pelajar telah memperlihatkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam penulisan esei mereka.
Pertama, sebelum memilih tajuk esei, pelajar telah sedar bahawa mereka perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai tajuk yang dipilih. Terdapat beberapa orang pelajar telah menguasai beberapa bidang pengetahuan dengan mendalam seperti kawalan biologi, alam sekitar, urbanisasi dan PLKN. Pelajar sedar bahawa pengetahuan am sahaja tidak memadai untuk menghasilkan esei yang berkualiti malah mereka perlu menguasai pelbagai bidang. Penyelidik mendapati sebilangan pelajar menyediakan fail-fail tertentu untuk menyimpan segala catatan, keratan akhbar dan salinan fotostat bahan sebagai rujukan mereka.
Kedua, pelajar berjaya memahami kehendak soalan esei. Didapati pelajar-pelajar menggaris atau mewarna kehendak soalan dan kata kunci soalan dalam tajuk esei. Mereka juga dapat membezakan konsep-konsep supaya mereka tidak terjebak atau sesat fikiran. Hal ini membolehkan pelajar tidak menyimpang daripada persoalan utama atau tema esei. Pelajar dapat membezakan penyataan soalan dengan kata kunci soalan. Mereka sedar bahawa penyataan soalan adalah untuk mencungkil idea untuk menulis esei. Ada kalanya dalam penyataan soalan juga terdapat kehendak soalan. Hal ini dapat difahami oleh pelajar.
Ketiga, pelajar juga berjaya mewujudkan koheren dalam penulisan mereka. Esei pelajar sememangnya tertumpu pada tajuk. Oleh itu ketika memilih idea-idea, mereka amat berhati-hati. Di samping itu esei pelajar memperlihatkan keseimbangan dan pembahagian fakta dengan tepat. Mereka berjaya membahagikan bilangan baris bagi setiap huraian ideanya. Kebanyakan pelajar mencatatkan sekurang-kurangnya empat huraian kecil bagi setiap idea. Mereka telah berjaya menggabungkan ayat-ayat shingga menjadi perenggan atau satu wacana.
Keempat, pelajar telah berjaya membezakan idea sains dengan idea sastera. Setelah disemak dan ditegur oleh guru dalam kedua-dua draf sebelum ini, pelajar telah mengemukakan idea laras sastera seperti tindakan undang-undang, sikap, kos dan kempen bagi esei laras sastera. Pelajar juga berjaya mengemukakan idea sains seperti bahan fosil, pembangunan lestari, amalan kitar semula, merawat sisa-sisa industri dan bahan kumbahan.
Kelima, pelajar juga telah menguasai mekanis penulisan esei. Setelah disemak dan ditegur oleh guru, pelajar sangat berhati-hati apabila menggunakan kata, frasa dan ayat. Pelajar telah mencuba menggunakan sistem ejaan, imbuhan dan tanda baca dengan betul. Ayat-ayat terbalik jarang-jarang ditemukan dalam penulisan esei. Pelajar juga berhati-hati menggunakan perkataan kerana mereka sedar bahawa penggunaan perkataan yang salah boleh membawa kepada makna yang salah. Dari segi olahan pula, pelajar mencuba sedaya-upaya menghuraikan satu idea dalam satu perenggan sahaja.
9.0 Perbincangan
Input-input guru yang mengajar penulisan esei adalah sangat penting untuk memupuk dan mencungkil minat pelajar menulis esei dengan baik dan mantap. Penyemakan dan teguran yang dibuat oleh guru adalah dua input yang amat berkesan dalam pengajaran penulisan dengan lebih berkesan. Memang tidak dapat dinafikan guru-guru sekarang menyemak esei pelajar dengan teliti. Namun masih terdapat sebilangan guru menyemaknya secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Mereka tidak membantu pelajar mengesan dan mengenal pasti lokasi-lokasi kesalahan dalam karangan. Malah ada yang memberikan markah atau gred secara keseluruhan tanpa memperincikan markah mengikut aspek-aspek penulisan.
Kajian ini berjaya mengemukakan satu prosedur yang membantu guru-guru dalam menyemak esei pelajar. Guru-guru tidak boleh memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk membaca draf esei pelajar sebanyak dua kali. Hal ini kerana mereka terpaksa mengajar lebih daripada dua kelas. Kaedah ini boleh digunakan sebulan sekali. Setiap kali guru masuk ke kelas untuk mengajar kertas dua, guru boleh mengambil sedikit masa untuk membuat teguran. Kerja-kerja penyemakan boleh dilakukan sewaktu guru lapang. Teguran boleh dibuat dalam kelas. Lagipun guru tidak perlu bersyarah untuk membuat teguran tersebut kerana guru telahpun menyemak esei tersebut secara tidak langsung dengan menggunakan kod-kod yang telah ditetapkan.
Proses penulisan dalam hidup pelajar adalah satu proses jangka panjang. Penulisan tidak terhenti di sekolah ataupun di dewan peperiksaan sahaja. Apabila pelajar menjadi seorang dewasa dan berkerjaya, maka penulisan tersebut masih diperlukan seperti menulis laporan prestasi organisasi, surat-menyurat, permohonan jawatan dan sebagainya. Seperti mana disentuh dalam pengenalan kajian ini, penguasaan pelajar dalam bidang penulisan esei membantu mereka mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan STPM nanti.
Penulisan esei yang efektif membantu pelajar dalam subjek-subjek lain seperti mata-mata pelajaran sains dan kemanusiaan. Penulisan esei Pengajian Am menuntut supaya pelajar menggunakan bahasa dengan baik untuk melahirkan idea. Idea yang dicetuskan itu pula memerlukan satu mekanisme untuk menghuraikannya. Tanpa penguasaan bahasa sudah tentu pelajar tidak dapat menghasilkan esei yang bermutu. Jadi para pendidik hendaklah memberi penekanan pada penguasaan bahasa pelajar. Di samping itu sebagai pendidik kita juga hendaklah sentiasa menggalakkan pelajar untuk membaca, meneroka dan mencari idea-idea baru bagi sesuatu tajuk yang diberi. Dalam hal ini pusat sumber sekolah, perpustakaan awam, pembelian majalah dan surat khabar oleh sekolah bolehlah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru.
Input-input penyemakan dan teguran sama sekali tidak boleh dipandang enteng oleh para guru. Pelajar sangat suka jika kerja mereka ditegur secara membina dan positif. Pelajar memang ingin belajar daripada kesilapan mereka. Maklum balas positif ini merupakan satu penilaian umum dan memberi informasi kepada pelajar untuk menghindarkan kesilapan-kesilapan pelajar dalam penulisan pada masa akan datang. Penyemakan dan teguran guru memudahkan mereka untuk merungkaikan masalah penulisan pelajar iaitu pelajar dapat memahami kehendak soalan karangan, pelajar dapat membezakan idea sains dengan idea sastera, pelajar dapat membezakan idea dengan huraian, pelajar dapat menggunakan olahan atau pemerengganan yang betul dan dapat menggunakan bahasa yang gramatis
10.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, kajian ini telah menunjukkan bahawa input penyemakan dan teguran guru yang positif dalam penulisan esei telah membantu pelajar menghasilkan penulisan esei yang menepati ciri-ciri penulisan esei fakta iaitu koheren, jelas, mudah difahami dan bervariasi. Input mereka juga menjadikan esei pelajar lebih terorganisasi dan pelajar dapat menguasai teknik penulisan esei jenis fakta dengan berkesan. Kajian ini juga telah berjaya mencapai objektifnya iaitu pelajar dapat mempelajari gaya penulisan esei jenis fakta, guru-guru dapat mengetahui strategi-strategi untuk menyelesaikan masalah penulisan pelajar dan guru-guru juga dapat mengetahui gaya penyemakan esei jenis fakta.

RUJUKAN
Chandler, J. (2003). The efficacy of various kinds of error feedback for improvement in the accuracy and fluency of L2student writing. Journal of Second Language Writing, 12(3), 267-296.
Ferris, D. R. (2002). Treatment of Error in Second Language Student Writing. Ann Arbour: University of Michigan Press.
Gorys, Keraf.(1984). Diksi dan Gaya Bahasa- Komposisi Lanjutan. Penerbit Gramedia :
Jakarta
Grabe, William & Robbert B. Kaplan. 1996. Theory and practice of Writing. United States of America. Addison Wesley Longman.
Ismail Ahmad (1996). Penulisan Saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Jacob (1981). Testing composition Profile: A Practical Approach. Rowley MA. New Bury
House

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). http://online2.mohe.gov.my/stpm/panduan/bkpk

Lee, Icy. 2005. Enhancing the Effectiveness of Teacher Feedback in the Secondary Writing
Classroom. Chinese University of HongKong.

Majlis Peperiksaan Malaysia (2006,2007,2008) Laporan Prestasi Calon STPM. MPM:
Selayang
Penny. (1996). A Course in Language Teaching Practice and Theory. Cambridge Teacher
Training and Development. United Kingdom: Cambridge University Press.

Roger, Jenny. 2001. In Adults Learning; Buckingham: Open University Press (online). Retrieved
on January, 23 2008. http://www.findarticles.com/ articles/feedback/

GURU BERKESAN- SATU PANDANGAN PERIBADI

 

Tugasan ini mengulas tindakan saya sebagai seorang pendidik di sekolah. Pandangan konvensional mengatakan tugas guru adalah mengajar dan mendidik. Akan tetapi pelbagai teori dan dapatan kajian terbaharu menunjukkan bahawa ruang lingkup tugas guru adalah lebih meluas dan tidak terhad di sekolah atau di dalam bilik darjah sahaja. Guru pada masa ini berfungsi sebagai pemudah cara. Dalam konteks ini saya perlu merungkaikan segala kesulitan yang dihadapi oleh pelajar bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam hidup bersosial juga. Saya memahami sosio emosi dan latar belakang pelajar sebelum saya memulakan setiap sesi pengajaran. Pengajaran seumpama ini akan terus sebati dalam jiwa pelajar berbanding kaedah konvensional yang menuntut saya perlu menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Guru yang berkesan akan membentuk kumpulan yang lebih kecil supaya setiap pelajar dalam kelas tersebut boleh belajar. Saya tidak mahu seorang pelajar pun boleh terlepas daripada proses pembelajaran. Dalam hal ini saya sentiasa memikirkan kaedah yang kreatif dan inovatif untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif, menarik dan seronok mendorong pelajar untuk datang ke sekolah dan belajar. Saya perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bilik darjah. Saya perlu turut serta dalam pembelajaran kerana pelajar dapat merasai bahawa saya adalah sebahagian daripada mereka. Maka dengan ini minat untuk belajar akan menjadi lebih berkobar-kobar. Dalam tugasan ini dikupas juga sedikit sebanyak tentang ciri-ciri perwatakan yang perlu saya miliki dan menjadi role model yang sepatutnya supaya profesion saya sering dipandang tinggi dan dihormati oleh pelajar. Saya bukan sahaja ingin menjadi sumber inspirasi kepada pelajar saya untuk belajar malah saya perlu menjadi agen perubahan. Saya perlu membawa perubahan dalam bilik darjah. Dan perubahan-perubahan ini diharapkan dapat dialami oleh pelajar sehingga menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga bukan akademik.

Pelaksanaan kurikulum baru telah mendapati bahawa pendidik yang berkesan mengamalkan tiga gaya fasilitator perubahan iaitu pencetus, pengurus dan petindak balas (Haris Md.Jadi, 2002). Pelaksanaan kurikulum di negara kita adalah sama, namun dari segi kualiti dan kuantiti didapati bahawa guru-guru yang mengamalkan gaya perubahan pencetus adalah lebih berjaya berbanding guru-guru yang megamalkan gaya pengurus dan petindak balas. Gaya perubahan ini sebenarnya satu kombinasi tingkah laku, keprihatinan dan pengetahuan guru serta penegasan terhadap tindakan-tindakan yang diambil oleh guru tersebut. Sebagai pendidik saya akan mengamalakn ketiga-tiga gaya tersebut. Saya perlu mempunyai pandangan yang sangat tinggi terhadap P&P dalam bilik darjah. Saya mempunyai jangkaan tinggi terhadap pelajar saya dan jangkaan tersebut akan saya jelaskan melalui pelbagai slauran. Sekiranya didapati topik yang saya ajar berfaedah kepada kepada pelajar, saya akan membuat pengubahsuaian terhadap topik tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar. Sebagai pemudah cara yang mengamalkan pencetus saya sentiasa mendpatkan maklum balas daripada pelajar.

Faktor yang paling banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar di sekolah ialah keupayaan dan kesungguhan guru merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan memberangsangkan. Pendekatan pengajaran formal semata-mata tidak menghasilan kesan penghasilan atau pencapaian pelajar yang memuaskan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang informal dan fleksibel iaitu pengajaran yang tidak dikongkong oleh skema dan jadual waktu umumnya lebih efektif. Kepelbagaian kaedah pengajaran yang berunsurkan minat, perasaan, harga diri, pengalaman dan cita rasa pelajar yang terlibat mampu menjana suasana P&P yang interaktif dan impilkasinya pula berpanjangan. Kaedah pengajaran yang tidak bersifat arahan sehala semata-mata tidak mencetuskan pengalaman ‘hands on’ kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Sebagai seorang pendidik saya amat menekankan kreativiti dalam P&P dalam kelas saya. Saya harus kreatif memujuk dan mempengaruhi pelajar saya untuk mereka berusaha memperbaiki kelemahan diri pelajar. Kebanyakan pelajar di sekolah saya mempunyai perasaan rendah diri dan sikap anti belajar yang melampau. Saya tidak boleh menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar saya dengan terburu-buru. Dalam konteks ini keberkesanan guru melaksanakan sebarang aktiviti P&P tidak boleh dinilai berdasarkan keupayaan pelajar menyelesaikan semua kandungan kurikulum yang ditetapkan dalam jangka waktu tertentu semata-mata. Saya harus kreatif merangsangkan minat dan menaikkan semangat untuk belajar dalam kalangan pelajar saya.

Saya harus memindahkan pengetahuan yang ada pada saya secara informal dan mesra. Sebagai contohnya apabila mengajar subjek Kemahiran Hidup untuk Tingkatan 3, saya tidak pernah menyampaikan ilmu daripada buku teks terus kepada pelajar. Biasanya saya minta pelajar saya mencuba melakukan sesuatu setelah arahan pertama diberi. Setelah pelajar mencuba dengan sendiri dan barulah saya minta mereka merujukkan aktiviti tersebut dalam buku teks. Dalam setiap suasana P&P, saya mempelbagaikan kaedah yang berbeza. Kaedah yang pelbagai ini meningkatkan pemahaman pelajar dan mengelakkan kebosanan. Selain ‘hands on’ saya juga menyampaikan pelajaran secara bertulis melalui bahan-bahan edaran, menulis kata-kata kunci dengan warna yang berlainan serta menggunakan lakaran dan peta minda. Penulisan di papan tulis atau di kertas mahjung perlulah tertib dan teratur.

Selain kreatif, saya juga akan memastikan P&P saya lebih efektif, menarik dan seronok. Saya akan memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan aktiviti kumpulan yang berstruktur dan bersistem, bukannya secara ‘ad hoc’ dan mengelirukan. Supaya kelas kita lebih dinamik, saya akan mewujudkan interaksi dua hala sama ada antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Dengan ini tidaklah berlaku pendominasian oleh sesuatu kumpulan atau individu dalam P&P. Setiap kumpulan yang dibentuk hendaklah bersifat hetrogen (Berryman, 2002). Kumpulan hetrogen ini merujuk kepada aspek jantina, ras, latar belakang dan tahap kebolehan individu. Pembentukan kumpulan ini memudahkan aktiviti yang akan dijalankan. Untuk menjadikan P&P yang lebih menarik dan efektif saya akan membina persekitaran pembelajaran yang positif.

Saya akan melayan semua pelajar sama rata. Apabila seseorang guru bersikap adil dalam melayan pelajar maka pelajar itu faham bahawa guru mengambil berat tentang kejayaan individu. Misalnya kekerapan pelajar perempuan atau lelaki untuk menjawab soalan dan kekerapan kumpulan etnik yang majoriti atau minoriti untuk terlibat dalam aktiviti bilik darjah perlulah sama. Jika pelajar menjawab soalan yang diajukan dengan betul saya akan memberi ganjaran supaya pelajar itu berbangga dengan jawapannya di hadapan rakan-rakan mereka.

Saya sangat percaya bahawa setiap pelajar dalam kelas saya boleh belajar. Saya akan menjelaskan kepada pelajar bahawa jangkaan atau ekspektasi saya adalah tinggi terhadap mereka. Oleh itu mereka hendaklah memfokuskan perhatian terhadap pembelajaran. Saya sentiasa beredar dalam kelas sambil memantau kerja-kerja pelajar dan memberi sokongan dan galakan apabila mereka menghadapi sesuatu masalah. Pelajar akan belajar dengan baik apabila pembelajaran dalam kelas dinamik dan aktif, dilaksanakan mengikut konteks dan dalam keadan yang stabil. Tugas penting guru ialah menjelaskan dan mendemonstrasikan tingkah laku yang diharapkan kepada pelajar. Apabila saya yakin dan cekap dalam persembahan pengajaran, maka saya sudah melahirkan asas pembelajaran yang efektif. Saya akan menyediakan bahan dan meneliti pelajaran lebih awal untuk menguasai maklumat mengenai pelajaran dan kemahiran penyampaian pelajaran.

Saya mengelakkan komunikasi yang negatif untuk mewujudkan P&P yang lebih efektif. Sekiranya guru menjerit kepada pelajar, ini bermaksud guru tersebut telah merosakkan persekitaran pembelajaran. Jika guru menyindir atau mengecil-ngecil dan merendah-rendah kebolehan pelajar, guru telah menyebabkan pelajar tawar hati untuk terlibat dalam pembelajaran. Tindakan guru memarahi pelajar dengan kasar menyebabkan pelajar berasa malu dengan rakan dan ini akan menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap pelajaran dan guru. Saya sebagai pendidik akan mengelakkan komunikasi negatif seumpama ini untuk melahirkan pembelajaran yang lebih positif, mesra dan menarik.
Peranan guru tidak hanya berfokus pada P&P sahaja. Guru juga berfungsi sebagai pakar penentu. Mereka bekerja sebagai penguasa ke atas masalah pelajar dan harus mencari penyelesaiannya. Saya sebagai guru perlu bertindak sebagai penterjemah dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka (permasalahan dua hala dan penyelesaiannya). Dengan berbuat demikian saya akan mendapat kepercayaan pelajar dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan melaksanakan program. Selain itu saya hendaklah memudahkan komunikasi. Dalam konteks ini saya berperanan sebagai broker maklumat. Saya berperanan sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai maklumat kepada pelajar.
Saya juga hendaklah menjadi pendengar komunikasi yang berkesan. Saya terlibat dalam pembuatan keputusan dalam bilik darjah yang mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetul keadaan dengan hubungan komunikasi. Selain itu, saya sebagai fasilitator komunikasi perlu menyediakan komunikasi dan menyediakan komunikasi untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara yang dipelajari di sekolah.
Justeru itu sebagai fasilitator penyelesai masalah saya berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan memandu pelajar-pelajar saya melalui proses penyelesaian masalah yang rasional iaitu melibatkan semua bahagian organisasi sekolah dalam perancangan kurikulum dan kokurikulum. Saya perlu berkerjasama dengan guru-guru lain untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Guru sebagai fasilitator penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategik dan melaksanakan proses komunikasi dalam bilik darjah ( Banburry, 2003). Saya selaku penyelesai masalah pelajar, akan melakukan perubahan bersama-sama dengan guru-guru lain. Malah saya juga bertanggungjawab menentukan staf sekolah yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja komunikasi dalam bilik darjah.
Kejayaan seseorang guru di sekolah ditentukan melalui kebolehan mereka membangunkan kemahiran mengumpul maklumat daripada sukatan kurikulum dan daripada sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang diformulakan oleh guru perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti komunikasi dengan pelajar memerlukan kerjasama dan kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, persatauan ibu bapa dan guru, badan bukan kerajaan ataupun masyarakat setempat. Sebagai guru saya perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk membujuk pelajar-pelajar saya agar profesion sebagai perantara menjadi lebih efektif.
Semua bentuk P&P dalam bilik darjah mestilah bermula dengan komunikasi yang berkesan. Guru mestilah mahir menyampaikan gagasan dan matlamat mereka kepada pelajar. Guru yang baik mestilah mantap daya pemerhatiannya, tajam pendengarannya, petah berbicara dan pandai berkomunikasi. Oleh itu, semua sesi pengajaran memberikan
tumpuan kepada peningkatan kemahiran berkomunikasi. Sesi-sesi awal pengajaran memberikan tumpuan kepada kemahiran komunikasi kendiri dan peribadi, dan sesi-sesi berikutnya pula menekankan komunikasi dalam pasukan.

Sebagai guru saya harus mendengar rintihan dan luahan pelajar. Guru akan menjadi lebih mantap dengan mendengar pandangan dan keperluan pelajar. Apabila saya mendengar masalah pelajar, ini tidak terbatas semata-mata kepada mendengar apa yang dikatakan oleh seorang pengawas, kawan atau pesaing, tetapi termasuklah juga menilai dan menghargai pendapat dan pandangan mereka. Seorang guru yang berkesan, seperti seorang pemimpin yang berkesan, merupakan seorang pelajar yang belajar daripada apa yang didengarinya. Setelah saya mendengar maslaah pelajar dalam bilik darjah. saya hendaklah membina konsensus. Membina konsensus merupakan satu proses membuat
keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berjaya.

Melalui pertukaran pandangan, pelajar-pelajar dalam kumpulan, pasukan atau organisasi yang lebih besar dapat memahami perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama oleh mereka. Keputusan digubal melalui persefahaman bersama tentang pelbagai jalur pemikiran dan kemungkinan. Jika perselisihan pendapat tidak dapat diselesaikan, maka kumpulan tidak akan mengambil tindakan. Meskipun pembinaan konsensus seringkali mengecewakan dan memerlukan waktu yang lama, namun usaha tersebut melahirkan kata sepakat yang boleh diterima dan dilaksanakan oleh semua pelajar. Dengan yang demikian permuafakatan dapat dipupuk dan seterusnya perpaduan dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa.

Sebagai seorang pendidik saya akan berusaha membentuk nilai-nilai bersama. Kumpulan-kumpulan kecil dan besar dalam bilik darjah akan memperoleh manfaat daripada usaha membentuk nilai bersama. Dengan cara berdialog, membina konsensus dan berkongsi pengalaman, akan berkembanglah satu gugusan nilai-nilai dan prinsip-prinsip teras yang telah sama-sama turut dirumus oleh setiap pelajar dan setiap pelajar akan berasa mempunyai hak terhadapnya. Nilai bersama merupakan pendekatan saling menyesuaikan dan bersifat anjal dalam usaha membentuk matlamat yang dipengaruhi oleh sekumpulan pelajar. Apabila sesuatu kumpulan merumus suatu pengertian bersama, maka setiap orang anggota kumpulan itu akan bergerak dalam satu kerangka yang dimilikinya bersama dan dia turut mempunyai tanggungjawab bersama . (Abu zahar Abu Bakar, 1992).

Untuk menjadikan P&P lebih menarik saya sebagai pendidik akan membangunkan perkongsian pembelajaran. Hasil sesuatu perkongsian itu menggambarkan pemikiran dan kegiatan pelajar saya. Sesebuah bilik darjah dengan para pelajarnya melaksanakan arahan-arahan dengan efisien lagi berkesan bukanlah suatu bilik darjah yang berasaskan perkongsian pembelajaran jika para pelajarnya tidak mempersoalkan adakah aktiviti mereka itu relevan, menilai sejauh mana aktiviti itu boleh diperbaiki, atau berkongsi segala sesuatu yang telah dipelajari. Usaha membina perkongsian pembelajaran merupakan suatu pendekatan merenung ke dalam diri pelajar dan pembelajaran secara kolektif dalam usaha pembinaan institusi.

Usaha ini melibatkan kesedaran kendiri dan perenungan kendiri pelajar terhadap tujuan dan kegiatan perkongsian tersebut. Oleh yang demikian, suatu perkongsian pembelajaran merupakan interaksi dalam kalangan pelajar yang melahirkan perenungan, penilaian dan pengetahuan yang akan memantapkan serta mempercepat tercapainya matlamat perkongsian pembelajaran. Perkongsian pembelajaran melahirkan persekitaran belajar yang dinamik, yang mendorong penyertaan dan amat produktif sifatnya, serta memungkinkan setiap pelajar dapat menimba ilmu sambil mempertingkatkan kemampuan diri sendiri dan kemampuan rakan-rakan mereka (Underwood, 1987). Pemudah cara yang berkesan harus mendengar dan belajar bersama-sama para pelajar. Peranan saya ialah mengatur pertemuan dan memandu para pelajar dalam latihan-latihan kumpulan. Saya bukan merupakan pakar tentang kepimpinan atau tahu tentang serba sesuatu. Perbincangan yang berjaya perlu saya hasilkan daripada semua pelajar dalam sesuatu kumpulan.

Guru yang berkesan hendaklah bijak memandu arah perbincangan. Ada kalanya saya mungkin ingin memandu perbincangan kumpulan ke arah yang baru melalui soal jawab yang mendalam. Tugas saya bukanlah untuk menentukan hasil perbincangan tetapi sekadar memimpin arah tujuannya, sambil senantiasa mengingati bahawa tidaklah ada suatu pendapat yang lebih benar atau lebih sahih. Dengan cara yang demikian saya akan dapat memastikan bahawa setiap pelajar memberikan sumbangan terhadap perkongsian pembelajaran dan ilmu. Seorang pemudah cara yang baik akan menimbulkan suasana saling mempercayai serta tidak berat sebelah dan memungkinkan setiap pelajar berasa selamat dan selesa untuk menyatakan pandangan secara jujur tanpa menghadapi tekanan atau kemungkinan diadili atau diserang.

Suasana tersebut juga memungkinkan para pelajar berasa selesa menyatakan bantahannya terhadap pelajar lain secara mendalam tetapi penuh hormat. Saya sebagai guru yang penyabar tidak akan berasa risau jika terdapat keadaan senyap yang lama selepas sesuatu pendapat dikemukakan oleh pelajar. Tempoh masa yang demikian itu merupakan kesempatan para pelajar berhenti sejenak untuk merenung dan mengumpul rasa keyakinan diri untuk menyatakan pandangan mereka.

Setelah memandu saya akan merangsang perbincangan. Sepanjang sesi-sesi pengajaran pelbagai soalan telah diajukan untuk memberangsang perbincangan dan perbahasan dalam kalangan pelajar. Soalan-soalan itu hanyalah sekadar garis panduan untuk memimpin kumpulan meneroka pelbagai tema pembelajaran. Selagi kumpulan berada dalam lingkungan perbincangan yang relevan dan bermakna, saya haruslah membiarkan mereka menyimpang daripada persoalan yang telah dikemukakan. Selain itu, saya ingin menggunakan kaedah latihan atau taktik yang lain atau yang berbeza daripada apa yang terdapat dalam buku ringkasan mengajar saya. Jika saya mengenal pasti pelajar-pelajar tertentu yang malu atau kurang yakin untuk bercakap, maka saya akan mengajukan pendapat saya dan meminta salah seorang daripada pelajar yang lain mengulas pendapat saya itu. Selagi saya peka terhadap keperluan individu dan kumpulan, saya lebih berhati-hati dan memberi dorongan, malah turut serta dalam tanggungjawab pembelajaran. Maka dengan ini saya telah menjalankan peranan pemudah cara dengan berkesan.

Ada kalanya guru sebagai pemudah cara dalam P&P terpaksa memandu perbincangan dengan menjadi seorang penjaga masa yang berkesan serta senantiasa mengingatkan para pelajar akan agenda pengajaran pada hari berkenaan( Burden, 1999). Meskipun bilangan anggota dalam kumpulan pelajar mungkin berbeza-beza, namun amat baik untuk selalu mengingatkan para pelajar supaya mengutarakan pendapat mereka dengan ringkas, tidak membiarkan seseorang atau segelintir pelajar memonopoli perbincangan. Hal ini lebih-lebih lagi diperlukan dalam latihan-latihan yang melibatkan penyertaan dan penceritaan oleh setiap pelajar. Cara yang terbaik untuk mengingatkan para pelajar supaya mereka tidak menyimpang daripada tajuk adalah dengan mengemukakan pendapat dan arahan saya kepada kumpulan dan bukannya kepada mana-mana individu pelajar.Ada juga baiknya jika para pelajar digalakkan supaya mendengar pendapat rakan-rakan sekumpulan mereka dan membina perbincangan daripada pendapat-pendapat yang telah dikemukakan sebelum itu.

Walaupun saya bertanggungjawab untuk memandu setiap sesi pengajaran hingga ke akhirnya, namum saya tidaklah semestinya mengarahkan semua aktiviti atau memudah cara semua perbincangan. Berkongsi tanggungjawab boleh dan sepatutnya merupakan sebahagian daripada usaha saya melaksanakan kegiatan sesi pengajaran. Suatu langkah mudah ialah menggalakkan pelajar secara sukarela membuat catatan untuk seluruh kumpulan, membaca arahan atau naratif daripada buku teks dan/atau menjadi pemudah cara perbincangan. Dengan meyakinkan para pelajar bahawa mereka tidak perlu risau tentang ejaan sewaktu membuat nota, atau sebutan sewaktu membaca, maka para pelajar akan berasa selesa dan pelajar-pelajar yang lain pula akan berasa terdorong untuk memberikan sumbangan. Bagaimanapun terpulanglah kepada diri saya sendiri adakah saya mahu turut serta dalam perbincangan. Namun demikian, senantiasalah beringat bahawa oleh sebab saya menyelaras setiap sesi pengajaran dan “mempunyai kuasa,” para pelajar mungkin akan memberikan pertimbangan yang lebih terhadap semua pandangan dan saranan saya. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi saya mengehadkan campur tangan saya dalam perbincangan kumpulan.
Peranan guru tidak hanya sebagai pemudah cara, malah guru juga perlu menjadi agen perubahan dan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat khususnya kepada para pelajar. Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap pendidikan sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang landasannya dimulakan oleh guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam menentukan masa depan negara dan bangsa. Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, sistem itu tidak akan mencapai tujuannya jika guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam proses pendidikan, tidak memiliki sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus amanah yang wajib ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Perasaan tanggung jawab lahir dari hati yang luhur dan ikhlas semata-mata kerana dedikasi dan komitmen ada hubungannya dengan iman.
Guru-guru jelas memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu, bertakwa dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi membawa negara ini ke hadapan pada tahap pencapaian yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju (Kementerian Pelajaran, 1992). Saya sebagai pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan tugas saya dengan berkesan malah sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionnya di samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap masyarakat. Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya dapat memberikan sumbangan menjadikan Malaysia sebagai negara yang terpuji yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam bidang sosioekonomi dan budaya serta mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.
Untuk menjadi teladan kepada pelajar, saya juga bertekad menjadi guru yang unggul bagi pembinaan insaniah pelajar dan pembangunan negara secara amnya. Saya perlu memandang ke hadapan untuk kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat. Sebuah negara yang unggul berhasil mewujudkan satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Pembentukan ketamadunan memerlukan kesegaran budaya berfikir ke arah mewujudkan pelajar yang bertanggungjawab serta pengukuhan akidah. Mentradisikan budaya berfikir dalam kalangan pelajar merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara.
Pendidikan adalah wadah bagi pembentukan manusia dan ilmu. Pendidikan seharusnya mendukong hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. Bagi saya ilmu bukan sekadar maklumat. Malah prasyarat llmu ialah kebenaran maklumat di samping membawa makna kepada pelajar sehingga mereka menjadi masayarakat yang berguna kepada watan dan nusa. Kecemerlangan akademik belum bererti kecemerlangan kehidupan. Kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi pelajar-pelajar saya daripada sifat-sifat kehaiwanan. llmu yang memuncak tanpa iman boleh mendorong pelajar saya menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharap mampu memanfaatkan demi kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah pelajar adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.
Untuk mengwujudkan dan menjamin kesepaduan ilmu, amal dan iman maka adalah perlu bagi saya untuk mendidik dan menjadi idola kepada pelajar saya dengan memperlihatkan perwatakan yang positif dan sempurna. Dalam proses ini saya mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Tuhan. Saya juga akan memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran.

SENARAI RUJUKAN
Abu Zahari bin Abu Bakar (1992). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Petaling Jaya : Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

Banburry,M.M.(2003). Classroom Management. Boston : Allyn and Bacon

Berryman, S.E. (2002). Designing Effective Learning Environments. Institute of Education and tThe Economy, New York

Burden, P.R (1999). Methods For Effective Teaching (2nd Ed) Boston : Allyn and Bacon

Haris Md.Jadi (2002). Reformasi Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia: Suatu Kritikan. Diges Pendidik, Jilid 2. Bil. 1/2002, 23-31, Universiti Sains Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Underwood (1987). Effective Class Management. New York : Longman

GALAKAN DAN NORMA GURU TERHADAP KEBERHASILAN PELAJAR

Galakan dan norma guru merupakan faktor yang sangat penting mempengauhi keberhasilan seseoang pelajar di sekolah. Galakan guru yang konsisten dan berterusan dengan memberi moivasi, teguran dan nasihat berjaya menimbulkan kesedaran akademik pelajar. Kajian ini telah menyelongkar galakan dan norma guru di dua profil sekolah menengah di kawasan Bukit Mertajam. Dua buah sekolah pinggir bandar dan dua buah sekolah bandar telah dipilih secara rawak. Dari setiap sekolah seramai 5 orang guru dipilih berdasarkan tempoh pengalaman dan bidang mata pelajaran telah dikenal pasti untuk dijadikan responden kajian. Pengumpulan data dijalankan secara bertemu bual tidak berstruktur. Kesemua soalan temu bual adalah merangkumi galakan dan norma yang telah ditetapkan oleh guru di sekolah masing-masing. Selepas menganalisis setiap verbatim guru maka satu dapatan telah dirumuskan di akhir kajian. Pengajaran yang streotaip dapat diperhatikan di sekolah pinggir bandar. Didapati bahawa guru-guru tidak menggalakkan pelajar banyak bertanya dan sebaliknya masa banyak ditumpukan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sama ada pelajar yang lemah memahami sesuatu konsep atau tidak jarang diberi perhatian oleh guru pinggir bandar. Kajian telah membuktikan terdapat banyak faktor yang menyebabkan kedaan ini berlaku. Bagaimanapun dapatan menunjukkan guru-guru ini tidak patah semangat mengajar pelajar-pelajar. Di sekolah-sekolah bandar pula guru-guru mengamalkan satu sistem kerja yang seragam dan konsisten dan mereka memastikan sistem ini dijalankan sepanjang masa. Guru-guru ini lebih tegas dan tidak berkompromi dengan pelajar apabila melaksanakan norma-norma yang telah ditetapkan. Hal ini termasuklah penyemakan latihan kerja rumah, penyediaan bahan pengajaran mengikut kebolehan pelajar dan pemantauan kemajuan akademik dilakukan sepanjang masa.